Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

288) RUMAH REHAT KUALA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah rumah rehat yang berada di atas Bukit Malawati akan terus terbiar dan mencacatkan pemandangan kepada pelancong-pelancong?

    Rumah Rehat Bukit Melawati terletak di atas Bukit Melawati, Kuala Selangor yang telah dibina pada tahun 1949, mempunyai dua (2) bilik VVIP, empat (4) bilik biasa, dua (2) ruang tamu, dapur dan lain-lain. Operasi semua bilik telah ditutup mulai tahun 2006, setelah pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat laporan keadaan fizikal dan tahap keselamatan bangunan-bangunan tersebut tidak selamat diduduki. Kedudukan Bangunan Rumah Rehat Bukit Melawati adalah di bawah seliaan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Namun demikian, Pejabat Daerah/Tanah tiada peruntukan khas penyelenggaraan bangunan tersebut. Bangunan tersebut telah pun uzur dan beberapa bahagian berkayu telah pun dimakan anai-anai. Untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, pada tahun 2012 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah memagar kawasan rumah rehat tersebut dengan pagar zink (holding) bagi mengelak orang awam memasuki kawasan

  2. Nyatakan perancangan masa depan rumah rehat tersebut?

    Setelah perbincangan diadakan di antara pihak Orang Besar Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Kerja Raya Daerah, satu keputusan telah dipersetujui iaitu Rumah Rehat Bukit Melawati akan dirobohkan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 9 Mac 2016 telah bersetuju agar rumah rehat tersebut dirobohkan. Sejumlah peruntukan sebanyak RM200,000.00 telah diluluskan untuk tujuan tersebut. Tapak rumah rehat ini nanti akan dijadikan kawasan lapang untuk tujuan rekreasi dan pelancongan yang akan diuruskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Ini kerana kawasan ini adalah tempat strategik untuk melihat pemandangan Bandar Kuala Selangor secara

Lampiran

Tiada Lampiran.