Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
33) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SERI SELANGOR BUKIT FRASER
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kos sebenar secara terperinci yang telah dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser
Kos sebenar bagi Kerja-kerja Naik Taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser adalah berjumlah RM1,647,804.19 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Empat Ringgit dan Sembilan Belas Sen Sahaja) dan Pengurus Projek bagi kerja-kerja baik pulih kedua-dua banglo tersebut adalah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuka Banglo Seri Selangor Bukit Fraser untuk sewaan kepada Ahli Dewan Negeri Selangor memandangkan kerja-kerja naik taraf telah siap? Jika ya, nyatakan kadar sewaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor boleh membuat penyewaan Banglo Seri Selangor dengan kadar sewaan kini sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja). Walau bagaimanapun, Pentadbiran ini sedang mengkaji kadar sewaan baharu bagi Rumah Rehat Negeri Selangor di Bukit Fraser.
JAWAPAN TAMBAHAN (a)SKOP BIDANG SKOP KERJA HARGA (RM)
CATATAN AWAM Membaiki Kerosakan Serta Menaiktaraf Rumah Rehat Kerajaan Negeri Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser 529,996.82 Syarikat Wira Samudera Enterprise JKR/HS/29/2015
AWAM Membaiki Kerosakan Serta Menaiktaraf Rumah Rehat Kerajaan Negeri Banglo Seri Selangor, Bukit Fraser 529,973.77 Ehiya Enterprise JKR/HS/50/2015
MEKANIKAL Kerja-kerja Membekal, Memasang, Mengujiterima Sistem Pam Penggalak Untuk Kerja-kerja Naiktaraf Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser 315,350.00 Kejuruteraan Bumi Air JKR/SEL/31/15(MEK)
ELEKTRIK Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Naiktaraf Sistem Elektrik untuk Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser 249,163.60 Kejuruteraan Bumi Air JKR(ES)HS/600-1/4/SN 57/15
ELEKTRIK Pemasangan Lampu Chandelier di Banglo Seri Selangor 23,320.00 J.N.SEL.4/2/98 Jld. 3(34) JUMLAH RM1,647,804.19 JAWAPAN TAMBAHAN (b)
Berikut adalah kadar sewa mengikut kategori:
PERKARA KADAR SEWA (RM)
D.Y.M.M. Sultan Selangor Tiada D.Y.M.M. Raja Muda Selangor Tiada Kerabat Di Raja Selangor Tiada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Tiada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Tiada Ahli Dewan Di Raja RM60 Ahli Dewan Negeri Selangor RM60 Orang Besar Istana (OBI) RM60 Orang Besar Daerah (OBD) RM60 Pegawai Kerajaan Negeri Selangor RM60 Tempahan boleh dibuat melalui sistem atas talian melalui https://e-tempahan.selangor.gov.my/