Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

73) RUMAH PRIMA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini Rumah Prima yang telah siap, sedang dibina dan telah diluluskan di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan PR1MA yang direkodkan oleh Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2019 adalah sebanyak 39,472 unit dengan 29 projek. Daripada jumlah tersebut, hanya 1 projek dengan 325 unit telah disiapkan dan diserahkan kunci kepada pembeli manakala 6 projek dengan 3,617 unit masih dalam pembinaan serta baki 22 projek dengan 35,530 unit masih lagi dalam peringkat perancangan oleh pihak Perbadanan PR1MA Malaysia. Jadual perincian Perumahan PR1MA mengikut status pembangunan adalah seperti berikut:-

     

    Status Projek Bilangan Projek (Unit)
    Siap Bina 1

    (325)

    Dalam Pembinaan 6

    (3,617)

    Dalam Perancangan 22

    (35,530)

    JUMLAH 29

    (39,472)

     

     

  2. Apakah pelan jangka panjang pembinaan Rumah Prima di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh pihak PR1MA untuk mewujudkan perumahan mampu milik demi merealisasikan projek untuk kesejahteraan rakyat khususnya di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu dasar khusus iaitu Dasar Rumah Selangorku Berkaitan Pembangunan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) (Pindaan 2018) yang mana dasar tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 26/2017 yang diadakan pada 09 Ogos 2017 dan telah diluluskan oleh MMKN Ke 27/2017 pada 16 Ogos 2017. Pindaan tahun 2018 dibuat berdasarkan kepada penguatkuasaan Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang telah diluluskan dan disahkan oleh MMKN ke 6/2018 bertarikh 28 Februari 2018 bagi menggantikan Dasar Rumah Selangorku terdahulu. Dasar tersebut secara rasminya digunapakai berkuatkuasa mulai 02 April 2018. Dasar tersebut juga bertujuan untuk memaklumkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-Jabatan Teknikal, Pejabat Tanah Daerah (PTD), pemaju dan semua penggiat industri dalam sektor perumahan.

     

    Antara tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebagai pemudahcara pelaksanaan pembinaan Rumah PR1MA di negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    1. Menyediakan Pusat Setempat (One Stop Centre) di LPHS melalui Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku bagi membincangkan komponen penyediaan Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku dan memudahcara / mempercepatkan proses-poses permohonan / kelulusan.

     

    1. Membenarkan peningkatan densiti pembangunan di antara 90 unit / ekar sehingga 120 unit per ekar tertakluk kepada zon pembangunan dengan mengambilkira kesesuaian lokasi / tapak cadangan, kemudahan infrastruktur seperti jalan keluar masuk (keperluan Laporan “Traffic Impact Assessement” (TIA) dan keperluan mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh PBT.

     

    • Mempromosikan / menyebarluaskan projek-projek rumah PR1MA supaya diketahui oleh rakyat jelata bagi memudahkan rakyat membuat semakan / permohonan.

     

    Oleh itu, Kerajaan Negeri bersedia membantu PR1MA dengan merangka sebarang sebarang pelan tindakan sama ada jangka masa pendek, sederhana atau panjang sekiranya terdapat permintaan khusus dari Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.