Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

160) RUMAH PRIHATIN & RUMAH ZAKAT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan unit rumah prihatin & zakat yang telah dibina daripada 2015 hingga 2017.

    Berikut adalah bilangan unit rumah yang telah dibina daripada tahun 2015 hingga 2017:

    Bilangan Unit Rumah Yang Dibina Oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) Dari Tahun 2015-2017

  2. Siapakah yang memantau pembinaan rumah sebelum diserahkan kepada pemohon dan apakah kaedah pemantauan?

    Setiap rumah yang dibina untuk asnaf akan melalui proses pemantuan oleh Eksekutif Teknikal Daerah Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama-sama dengan perunding arkitek yang dilantik LZS.

    Proses pemantuan ini akan dilaksanakan bermula ketika pihak kontraktor yang dilantik LZS mula masuk tapak pembinaan dan sewaktu pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja superstruktur. Pemantauan diadakan pada keadaan di mana bermulanya kerja penyediaan tapak, semakan pada bahan-bahan melalui keputusan ujian bahan dan kekemasan binaan ketika pengesahan kerja.

    Pembinaan rumah asnaf ini akan dinilai dari aspek kualiti melalui sistem penilaian QLASSIC mengikut format CIDB oleh wakil perunding CIDB.

  3. Bagaimana status rumah prihatin dan zakat yang telah dibina diatas tanah kerajaan?

    Berdasarkan kepada Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat, pemohon hendaklah mempunyai tanah/tapak sendiri untuk bantuan pembinaan rumah yang disediakan oleh LZS. Bagi pemohon yang menduduki tanah rizab kerajaan tidak layak untuk memohon bantuan ini kecuali mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.