Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

132) RUMAH PRIHATIN RAKYAT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukkan bagi program Rumah Prihatin Rakyat khusus utk rakyat yang mempunyai tanah tapi tidak mampu membina rumah?

    Saya menyambut baik cadangan yang diajukan oleh Yang Berhormat Taman Templer. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang telah ditetapkan sebanyak RM1 juta pada setiap tahun adalah tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kelulusan permohonan yang layak. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan memohon sumbangan peruntukan tambahan daripada Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang telah pernah memberi sumbangan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin :

     

    BIL. ANAK SYARIKAT
    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    3. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
    4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
    5. Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)

     

    Sumbangan peruntukan oleh Anak Syarikat – anak Kerajaan Negeri tersebut adalah disalurkan ke dalam Akaun Amanah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi membiayai pelaksanaan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan menambahbaik skop pemberian bantuan di bawah program ini dari semasa ke semasa agar bantuan dapat disalur kepada lebih ramai keluarga berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, cadangan permohonan bagi penambahan peruntukan akan diselaras semula dan diperhalusi pada masa hadapan.

    Dalam pada itu, untuk makluman Yang berhormat Taman Templer, syarat utama di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanah di atas nama sendiri dan disahkan menetap di atas tanah berkenaan. Pemohon yang mempunyai tanah namun tidak menetap di atas tapak berkenaan adalah tidak layak untuk dipertimbang dan disyorkan untuk membuat permohonan di bawah program bantuan agensi lain seperti Lembaga Zakat  Selangor (LZS) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lampiran

Tiada Lampiran.