Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

146) RUMAH PRIHATIN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon perjelaskan berkenaan jumlah Rumah Prihatin yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri dan lokasi-lokasinya.

    Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara portfolio ataupun program yang dirangka untuk membantu rakyat miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat untuk diduduki. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini telah diwujudkan bagi meringankan beban kos sara hidup dalam memiliki kediaman sendiri. Kumpulan sasaran Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini tertumpu pada mereka yang kurang berkemampuan dengan pendapatan seisi rumah kurang daripada RM1500.00 sebulan, mempunyai kediaman yang daif dan tidak selamat untuk diduduki untuk memiliki rumah sendiri dan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Secara tidak langsung, dengan program sebegini, ia dapat membantu mengurangkan bebanan sewa bulanan rumah yang dihadapi oleh pemohon sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang bangsa dan

     

    Bagi tahun 2014, di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dan dikekalkan sehingga kini. Sebahagian besar peruntukan ini digunakan untuk membiayai kos bina baru dan baikpulih rumah yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Selain itu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin juga menerima sumbangan berjumlah RM5.1 juta daripada anak – anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Anak syarikat yang memberi sumbangan kepada Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Lembaga Zakat Selangor (LZS).

     

    Sejak penubuhan Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, ramai rakyat Negeri Selangor mendapat manfaat dan keselesaan rumah baru dan juga baik pulih rumah. Bagi tahun 2013, 2014 dan 2015, Kerajaan Negeri Selangor dibawah

     

    Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah membantu seramai 358 keluarga yang terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina di seluruh daerah  di Negeri Selangor. Pemberian bantuan ini merangkumi pemberian sumbangan bina baru rumah, baik pulih rumah serta pemberian hamper barangan makanan bagi meringankan beban mereka.

     

    Berikut adalah perincian jumlah bantuan bina baru rumah dan baikpulih rumah yang telah diberikan Kerajaan Negeri kepada permohonan yang lulus bagi tahun 2013, 2014 dan 2015 :-

     

     

     

    BIL

     

     

    DAERAH

    TAHUN JUMLAH

    MEN GIKU T

    DAER AH

    2013 2014 2015
    BB BP BB BP BB BP
    1 KLANG 29 9 1 1 8 6 54
    2 PETALING 6 2 8
    3 KUALA LANGAT 24 30 1 9 11 75
    4 HULU LANGAT 7 3 10
    5 SABAK BERNAM 1 13 39 53
    6 KUALA SELANGOR 24 25 12 22 8 91
    7 GOMBAK 2 7 5 5 19
    8 HULU SELANGOR 9 7 3 7 26
    9 SEPANG 12 10 22
    JUMLAH KESELURUHAN 92 74 48 82 25 37 358

     

     

    PETUNJUK JUMLAH
    BB – Bina Baru 165
    BP – Baikpulih 193
    Jumlah

    keseluruha n

     

    358

     

  2. Berapakah ukuran keluasan bagi sesebuah Rumah Prihatin tersebut?

    Di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri menyediakan dua jenis rumah bina baru iaitu 2 bilik dan 3 bilik. Kedua-dua rumah tersebut dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, dapur, dan bilik air. Keluasan rumah sama ada 2 bilik dan 3 bilik diberikan kepada mengikut keperluan dan bilangan tanggungan berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Berikut adalah perincian bagi dua jenis Bantuan Rumah ini :

     

    JENIS RUMAH KELUASAN KOS RUMAH (RM)
    Bina Baru 2 Bilik 600 kaki persegi 32,000.00
    Bina Baru 3 Bilik 660 kaki persegi 35,000.00

     

  3. Berapakah harga yang patut dibayar oleh penerima Rumah Prihatin tersebut dan bagaimana pembayaran berkenaan dilunaskan oleh penerimanya?

    Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di bawah Kerajaan Negeri Selangor merupakan portfolio yang dirangka khas dan khusus bagi membantu rakyat Selangor yang tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Portfolio ini mengutamakan pemohon rakyat Selangor yang mempunyai kediaman yang daif dan tidak selamat untuk diduduki serta mempunyai tanggungan yang ramai.

     

    Kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah RM35,000.00 bagi rumah bina baru 3 bilik, RM32,000.00 bagi rumah bina baru 2 bilik dan RM20,000.00 maksima bagi baik pulih rumah sedia ada. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin amat peka akan keperluan dan suara rakyat Selangor yang benar – benar memerlukan bantuan rumah bersetuju meluluskan pemberian bantuan rumah ini secara percuma kepada pemohon yang telah diluluskan permohonannya melalui Mesyuarat Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin. Tiada sebarang kos yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor berhak menarik semula kelulusan rumah sekiranya mendapati penerima tidak memanfaatkan pemberian rumah bantuan dengan sebaik – baiknya.

     

    Dengan adanya pemberian Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin secara percuma ini, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin memandang serius dan komited dalam membantu golongan miskin yang benar – benar layak sahaja. Portfolio ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat Selangor memiliki kediaman yang lebih baik dan selesa, dapat mengurangkan beban kepada keluarga berkenaan terhadap kos sewaan yang semakin tinggi saban hari dan seterusnya membantu mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Pemohon juga dapat memanfaatkan peluang ini untuk mencari pekerjaan yang lebih baik di samping dapat meningkatkan semangat dan ekonomi mereka sekeluarga.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.