Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
123) RUMAH PPR SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah unit yang kosong di Perumahan tersebut?
Sehingga Ogos 2018, jumlah unit kosong adalah sebanyak 5 unit dan ianya adalah dalam proses pembaikan bagi tujuan kemasukan penyewa baru.
-
Apakah usaha yang telah dilakukan agar rumah-rumah dapat penuhi oleh pemohon-pemohon
Kekosongan unit sebanyak 5 unit ini adalah kerana terdapat penyewa yang telah menamatkan penyewaan dan mengosongkan unit. Sehubungan itu, PHSSB sedang menjalankan kerja pembaikan unit-unit tersebut bagi tujuan kemasukan penyewa baru.