Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

149) RUMAH PPR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua rumah PPR yang ada di Selangor mengikut PBT.

    PPR yang berada di bawah pengurusan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah seperti berikut:

    • PPR Kota Damansara (Sekyen 8, Petaling Jaya),
    • PPR Kg. Baru Hicom (Seksyen 26, Shah Alam),
    • PPR Seri Kiambang (Serendah)

     

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan kepada PPR pada 2017 mengikut jenis bantuan.

    Jumlah perbelanjaan kepada PPR pada 2017 mengikut jenis bantuan adalah seperti berikut:-

     

    PPR Kg. Baru Hicom

    Pada tahun 2017, PHSSB telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri melalui pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih dan menaiktaraf sembilan (9) unit lif di PPR Kg. Baru Hicom dengan kos RM1,931,691.76.

     

    PPR Kota Damansara

    Tiada peruntukan untuk kerja baikpulih. Pengurusan dan penyelenggaraan bangunan adalah sepenuhnya menggunakan hasil kutipan sewa. Sehubungan itu, PHSSB telah membuat analisa anggaran kutipan dan perbelanjaan bulanan di mana defisit yang ditanggung oleh PHSSB setiap bulan adalah sebanyak RM41,392.07. Antara kerja-kerja baikpulih yang telah dibuat pada tahun 2016 dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM6 juta adalah membaikpulih dan menaiktaraf lif yang sebelum ini hanya satu unit lif sahaja berfungsi di setiap blok dan kerap mengalami kerosakan, membaikpulih ‘railing’ koridor dan tangga yang hilang dan reput, membuat kalibrasi ke atas sistem elektrik, mengecat semula keseluruhan bangunan yang luntur dan menaiktaraf dan membina tempat letak motosikal dan ditambah dengan lampu untuk keselamatan.

     

    PPR Seri Kiambang

    Pada tahun 2017, PHSSB telah menjalankan kerja pembaikan 35 unit kosong dengan kos RM126,680.00. Peruntukan kerja pembaikan adalah disalurkan oleh pihak LPHS.

Lampiran

Tiada Lampiran.