Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
336) RUMAH PERLINDUNGAN REMAJA PUTERI (RPA)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah remaja puteri yang telah melalui program RPA sejak ditubuhkan?
Bilangan Pelatih Rumah Puteri Arafiah Sehingga Mac 2014 adalah seperti jadual di bawah :-
BIL. PERKARA BILANGAN * Nota :1 Jumlah pelatih dari mula ditubuhkan sehingga sekarang 60 orang 2 Jumlah pelatih yang telah tamat program 11 orang 3 Jumlah pelatih yang berhenti sebelum tamat program 21 orang 4 Jumlah pelatih terkini* 28 orang Bilangan tersebut termasuk 3 orang pelatih yang telah tamat program dan kembali ke RPA untuk meneruskan pengajian bagi mengambil SPM atau mengulang SPM dan menjadi anak angkat RPA
-
Berapakah kos operasi RPA setahun?
Berkenaan dengan kos operasi RPA, PKNS hanya menyumbangkan sebahagian daripada kos pengoperasian RPA. Berikut adalah jumlah sumbangan PKNS sejak RPA ditubuhkan.
BIL PERKARA JUMLAH 1 Bayaran untuk bulan Mei – Disember 2011 RM172,662.70 2 Bayaran untuk Tahun 2012 RM323,313.30 3 Bayaran untuk Tahun 2013 RM357,485.94 JUMLAH SUMBANGAN RM853,461.94 -
Berikan pecahan perbelanjaan dan apakah ia menepati prinsip value for money?
PKNS tidak mempunyai akses terhadap perincian kos perbelanjaan operasi RPA kerana badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan operasi RPA adalah PEKAWANIS.