Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

49) RUMAH PANJANG KAMPUNG BUNGARAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Seramai lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kg.Bungaraya merana sejak tahun 1993 kerana projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai . Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai ini ?

    Mengikut perancangan dan padanan awal yang dibuat oleh Majlis Bandaraya
    Shah Alam (MBSA) penghuni Rumah Panjang Bunga Raya akan dipindahkan ke
    projek rumah kos rendah Pangsapuri Dahlia di Seksyen U5, Shah Alam yang
    dibangunkan oleh Tetuan Unique Creations Sdn. Bhd. Namun, seramai 90
    keluarga penghuni rumah panjang Bunga Raya masih berada di penempatan
    tersebut disebabkan projek PangsapuriDahlia tersebut telah terbengkalai kerana
    pemaju tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk meneruskan
    pembangunan rumah kos rendah. Penduduk juga telah menandatangani
    Pe~anjian Jual Beli dan sebahagiannya telah membuat pinjaman bank untuk
    tujuan pembelian rumahtersebut.
    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS)
    telah memohon kerjasama daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad
    (SPNB) untuk mengambil alih projek Pangsapuri Dahlia. SPNB bersetuju untuk
    memulihkan projek tersebut namun masih menunggu kelulusan dan peruntukan
    kewangan daripada KementerianKewangan.

  2. Senarai butiran projek perumahan kos rendah alternatif berhampiran yang boleh ditawarkan kepada penduduk ini ?

    Alternatif projek rumah kos rendah yang terhampir boleh ditawarkan kepada
    penghuni rumah panjang Bunga Raya ialah di Pangsapuri Suria yang
    dibangunkan oleh Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd. di Seksyen U4, Shah Alam.
    Walau bagaimanapun, penghuni rumah panjang Bunga Raya yang bersetuju
    untuk dipindahkan ke projek Pangsapuri Suria. perlulah membuat pembatalan
    Pe~anjian Jual Beli terdahulu dan Pe~anjian Pinjaman dengan pihak bank yang
    berkenaan. Oleh itu, terdapat kos-kos tambahan yang perlu ditanggung oleh
    penghuni rumah panjang Bunga Raya dan ini pasti membebankan penghunipenghunitersebut jika mereka memilih untuk bertukar ke PangsapuriSuria.

  3. Sehingga penduduk ini ditempatkan ke perumahanan alternatif yang baru Bagaimana pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Syabas boleh mengurangkan hutang tertunggak bil air dan terus menyalurkan air kepada rumah panjang dengan kadar diskaun yang istimewa demi mengurangkan beban mereka ?

    Kaedah penyelesaian hutang tertunggak bil air boleh dibincangkan oleh
    pengguna bersama-samadengan SYABAS berdasarkan kemampuan kewangan
    masing-masing. Pertimbangan sosial merupakan salah satu ciri kepuasan
    pelanggan yang disediakan oleh SYABAS terutama yang melibatkan penyaluran bekalan air secara berterusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.