Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

126) RUMAH PANGSA MILIK KERAJAAN ATAU RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah unit rumah pangsa kos rendah yang wujud di kawasan MPAJ dan berapakah unit yang belum dijual? Sila berikan statistik mengikut lokasi

    Jumlah rumah kos rendah dibina adalah sebanyak 10,468 unit. dengan unit yang masih belum dijual adalah di RKR Sg. Sering iaitu sebanyak 127 unit. Kebanyakan rumah kos rendah ini di bina atas dasar bagi penempatan semula dan pemindahan setinggan di seluruh Ampang Jaya.

  2. Berapakah unit rumah pangsa milik kerajaan yang wujud untuk disewakan kepada keluarga miskin atau ibu tunggal. Sila berikan butir-butir mengenai unit yang sedia ada mengikut lokasi?

    Di MPAJ terdapat 30 unit rumah pangsa kos rendah dijadikan sebagai  ‘council homes’ iaitu di Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang,

  3. Sila nyatakan jumlah unit rumah pangsa yang disewakan oleh MPAJ kepada keluarga miskin atau ibu tunggal dalam tahun 2008 mengikut jumlah permohonan di setiap kawasan DUN di dalam kawasan MPAJ. Sila nyatakan maklumat penyewa atau pembeli secara terperinci?

    Kategori penyewa ‘Council homes’ adalah seperti berikut;

    i)      Ibu Tunggal –              1 orang
    ii)     Orang miskin –            19 orang
    iii)     Mangsa kebakaran –            10 orang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.