Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

261) RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah rumah pangsa kos rendah di mana tiada ejen atau pemaju yang ingin menguruskannya?

    Berdasarkan rekod daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, bilangan rumah pangsa kos rendah yang tiada ejen atau pemaju untuk diuruskan adalah seperti berikut:

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN

    RUMAH PANGSA KOS RENDAH YANG TIADA PEMAJU ATAU EJEN (KAWASAN)

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tiada maklumbalas
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 9
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 63
    5. Majlis Perbandaran Klang 11
    6. Majlis Perbandaran Kajang 106
    7. Majlis Perbandaran Selayang 18
    8. Majlis Perbandaran Sepang Tiada maklumbalas
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 1
    10. Majlis Daerah Kuala Selangor 0
    11. Majlis Daerah Kuala Langat 0
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 0

     

  2. Apakah langkah untuk menguruskan rumah pangsa kos rendah ini demi kebajikan penduduk?

    Pelbagai langkah telah diambil oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan untuk menguruskan rumah pangsa kos rendah ini demi kebajikan penduduk antaranya seperti berikut:

     

    Mengadakan program     taklimat     bersama     pemilik    untuk    memberi pendidikan dan kesedaran berkenaan kepentingan penubuhan Badan

     

    Pengurusan    Bersama/Perbadanan     Pengurusan    dan     pengurusan bangunan pangsapuri yang teratur;

     

    Menjayakan penubuhan Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan atau melantik ejen pengurusan untuk mengambil alih penyenggaraan dan pengurusan bangunan

     

    • Mengadakan program gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menawarkan Skim CERIA (Caring Goverment For Residents’ Improvement Aid) untuk meringkan beban pemilik-pemilik pangsapuri membaik pulih kerosakan harta bersama melalui kaedah  perkongsian kos.

Lampiran

Tiada Lampiran.