Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
184) RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah dan lokasi projek RMR yang telah dan sedang dibina dari 2014-2016.
Untuk makluman Yang Berhormat, Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah di bawah pemantauan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pentadbiran ini tiada rekod bagi jumlah dan lokasi projek tersebut. Buat masa ini, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melaksanakan proses penawaran dan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Negeri Selangor sejak LPHS ditubuhkan pada tahun 2001 sehingga kini.
-
Nyatakan jumlah rakyat Selangor yang menerima manfaat mengikut kaum
Sama seperti di SUB (a)