Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
3) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan secara terperinci semua cadangan Projek Rumah Mampu Milik Selangorku yang bakal dibina di Negeri Selangor?
Untuk makluman B, sehingga kini kerajaan negeri telah mensasarkan sebanyak 44 projek yang melibatkan lebih kurang 18,372 unit Rumah Mampu Milik Selangorku yang bakal dibina di seluruh negeri Selangor. Sasaran ini adalah melibatkan projek- projek yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), perancangan yang dibuat oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Senarai terperinci 44 projek rumah mampu milik tersebut adalah seperti di Lampiran A.
-
Sila huraikan apakah perbezaan dan kelebihan RMM Selangorku dengan RMM PRIMA yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan?
Terdapat beberapa perbezaan RMM Selangorku dengan RMM PRIMA yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti berikut :
Bil Perkara RMM Selangorku RMM PRIMA Kelebihan RMM Selangorku 1. Harga Jualan RM42,000.00 hingga RM250,000.00
RM100,000.00 hingga RM400,000.00
Harga Jualan lebih rendah 2. Keluasan (saiz rumah) 700 hingga 1,000 kaki persegi 670 hingga 1,300 kaki persegi
Keperluan ruang kosong untuk satu orang adalah 350 kaki padu dan memerlukan keluasan minimum 700 kaki persegi untuk 5 orang
3. Umur Pemohon 18 tahun semasa permohonan 21 tahun semasa permohonan
Memberi peluang kepada golongan belia untuk
mengutamakan pembeli rumah daripada kereta. 4. Pemilikan Hartanah Pemohon atau pasangan tidak memiliki sebarang hartanah kecuali Rumah Kos Rendah layak memohon
Pemohon atau pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah layak memohon (rumah kedua)
Rumah bukan dijadikan pelaburan tetapi untuk didiami. -
Sila nyatakan secara terperinci bilakah RMM Selangorku akan dibina di DUN Sekinchan?
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) pada ketika ini masih lagi mengenalpasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor di kawasan DUN Sekinchan dan kawasan- kawasan lain.
Walaupun terdapat tanah yang disyorkan namun ianya merupakan tanah kawasan lapang yang telah diwartakan dan disyorkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam untuk dibuat Pendengaran Awam akan permohonan untuk membatalkan warta tersebut bagi membolehkan rumah mampu milik dapat dibina.
LAMPIRAN A
Jadual 1 : Senarai 47 Projek Rumah Mampu Milik
BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT 1. Lot 68252 Hingga Lot 68503, PT 68249 Dan PT 68251 (Lot Lama
671, 1493, 3178 Dan 117490)
Mukim Kajang, Hulu Langat
Regal Form Sdn. Bhd.
Belum Dimuktamadkan 2. Lot 1024, Mukim Cheras, Hulu Langat TJ Land Sdn. Bhd. Belum Dimuktamadkan 3. Lot 43783, Mukim Kajang, Hulu Langat. TPPT Sdn. Bhd. 57 4. Rayuan Untuk Mengubah Jenis Pembangunan Di Mukim Cheras, Hulu Langat Daripada RKR, RKSR Dan RKS Kepada Rumah Mampu Milik Luxhome Property Sdn. Bhd Belum Dimuktamadkan 5. Lot 1603 Dan 1916, Mukim Semenyih, Hulu Langat D-Hill Sdn. Bhd. Belum Dimuktamadkan 6. Permohonan Rayuan Meminda Kelulusan Mmkn Bagi Mengubah Komponen RKR Kepada Rumah Mampu Milik Semenyih, Hulu Langat Kueen Lai Properties Sdn. Bhd. 90 7. GRN 236131 Lot 11397, Mukim Beranang, Hulu Langat Seluas
14.66 Hektar (36.225)
Agenda Istimewa Sdn. Bhd. 628 8. GRN 235494 Lot 44433 Dan GRN 235511 Lot 44450 Di Mukim Cheras, Hulu Langat Seluas 7,183 Mp (1.7748 Ekar).
Pan Majestic Development Sdn. Bhd.
Belum Dimuktamadkan 9. HS(D) 20215 PT 20608 Dan PN 20110 Lot 4491, Mukim Ijok, Kuala
Selangor Seluas 2.64 Hektar (6.51 Ekar)
Seristana Sdn. Bhd. Belum Dimuktamadkan BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT 10. Lot 15, Lot 27, Lot 32, Lot 619, Lot 620, Lot 655, Lot 618, PT 1 Dan
Lot 469, Mukim Kuala Selangor dan Pekan Pasir Penambang, Kuala Selangor
Goldpage Assets Sdn. Bhd. Belum Dimuktamadkan 11. Hakmilik HS(D) 5289 PT 620 Dan HS(D) 5290 PT 621 Bandar Kuala Selangor, Kuala Selangor
SAP Holding Berhad 276 12. Cadangan Pembangunan Perumahan Dan Perniagaan Di Atas Lot 1591 Dan PT 2053, Mukim Hujong Permatang, Kuala Selangor Soon Sin Hin Development Sdn. Bhd.
34 13. Rayuan Pengecualian Penyediaan RKR, RKSR Dan RKS Kepada 30% Rumah Milik Di PT 18288, Mukim Klang, Klang. Selaman Sdn. Bhd. Belum Dimuktamadkan 14. Rayuan Pengeculian 785 Unit RKR Dan 110 Kedai Kos Rendah Kepada Kolam Takungan Air Digantikan 785 Unit Dan 110 Unit Rumah Mampu Milik Di Tapak Ganti Bandar Botanic, Klang Harum Intisari Sdn. Bhd.
110 15. Jalan Md Sidin, Klang PKNS 210 16. Rayuan Meminda Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Mampu Milik Di Atas Lot 8093, Shah Alam, Petaling PKNS / Debbin Sdn. Bhd.
104 17. Seksyen U10, Shah Alam, Petaling PKNS 600 18. Seksyen U12, Shah Alam, Petaling PKNS 850 19. Rayuan Meminda Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah Dan Rumah Kos Sederhana Kepada Rumah Mampu Milik Di Atas PT 20028, PT 20642 Dan PT 20643, Shah Alam, Petaling Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd.
536 BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT 20. Rayuan Meminda Rumah Kos Rendah Kepada Rumah Mampu Milik Di Atas Hakmilik HS(D) 239875 (PT 9815) HS(D) 239874 (PT 9814), Pekan Baru Sungai Buloh, Petaling.
PNSB / Semponia Sdn. Bhd.
236 21. GRN 95250 (Lot 243 ) Dan GRN 53921 (Lot 395 Dan Lot 397), Mukim Sungai Buloh, Petaling.
PPC Glomac Sdn. Bhd.
471 22. GRN 57646 Lot 1333 Seluas 16.6 Ekar Di Taman Puchong Utama, Pekan Puchong Perdana, Petaling
Hillcrest Gardens Sdn. Bhd. 420 23. Lot HS(D) 247473 PT 78441 Seluas 2.48 Ekar Dan Lot HS(D) 247472 PT 78440 Seluas 1.66
Ekar, Petaling
Leo Vista Sdn. Bhd. 316 24. Hakmilik PN 7397 Lot 53383, Mukim Petaling, Petaling Taman Equine (M) Sdn. Bhd. 120 25. Lot 12010 (PM 46), Lot 1211 (PM 47), Lot 5034 (HSD 20589) Dan
Lot 5035 (HSD 20590), Mukim
Hulu Kelang, Gombak
Twin Ridge Sdn. Bhd.
Belum Dimuktamadkan 26. Lot 1048, Bandar Kundang Ke Atas Hakmilik PM 854 Lot 1048 Dan GRN 54445 Sebahagian Lot 18056, Mukim Rawang, Gombak Pinggir Mentari Sdn. Bhd.
Belum Dimuktamadkan 27. PN 91816 Lot 24673 Di Bandar Kundang, Gombak Major Land Development Sdn. Bhd.
488 28. Pindaan Pembangunan Bagi Syarat Penyediaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah Dan 10% Rumah Kos Sederhana, Rawang, Gombak Alimach Holdings Sdn. Bhd. 46 29. Hakmilik HSD 65295 PT 1042 Di Bandar Kundang Daerah Gombak Seluas 0.4982 Hektar (1.231 Ekar). Kumpulan Sri Jayomiesah Sdn. Bhd.
92 BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT 30. Kg Seri Temenggung, Selayang, Gombak PKNS 418 31. Sebahagian PT 5039 HS(D) 73845, Sg Sering, Hulu Kelang, Daerah Gombak LPHS 2,496 32. Seksyen 5, Kota Puteri, Rawang, Gombak PKNS 198 33. Kota Puteri, Rawang, Gombak PKNS 1,064 34. Lot 3514, Mukim Sepang, Sepang Mainstay Development Sdn. Bhd.
28 35. Hakmilik PM 4851 Lot 786 dan PM 4852 Lot 787, Mukim Dengkil, Sepang Wandeerfull Property Development Sdn. Bhd.
178 36. Hakmilik HSD 18934 PT 35294, HSD 18935 PT 35295 dan HSD
18936 PT 35296 Di Mukim
Dengkil, Sepang
Usahasama Utama Sdn Bhd 370 37. Selangor Science Park 2, Sepang PKNS 840 38. Projek Rumah Mampu Milik Di Seksyen 1D (Fasa 1) Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Hulu Selangor PKNS 129 39. Permohonan Rayuan Keputusan Mmkn Bagi Menukar Komponen Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Rumah Pangsa Mampu Milik Di Seksyen 1 Antara Gapi Bandar Sungai Chik, Hulu Selangor PKNS 80 BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT 40. Antara Gapi, Hulu Selangor PKNS 1,227 41. Permohonan Rayuan Keputusan MMKN Bagi Menukar Komponen Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Rumah Pangsa Mampu Milik Di Taman Keruing Rasa, Mukim Batang Kali, Hulu Selangor PKNS Belum Dimuktamadkan 42. Bernam Jaya, Hulu Selangor PKNS 5,000 43. Rayuan Meminda Kelulusan Mmkn Bagi Pengecualian Rumah Kos Rendah Kepada Pangsapuri Mampu Milik, Mukim Bandar, Kuala Langat TS Development Sdn. Bhd. 440 44. Sebahagian Lot 13574, Mukim Panchang Bedena, Sabak Bernam PNSB 220 JUMLAH 18,372