Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

269) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila huraikan perkembangan terkini pembinaan RMM Selangorku ?

    Sasaran Kerajaan Negeri adalah untuk membina sekurang-kurangnya sebanyak 35,000 unit Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku sehingga tahun 2018. Dari tempoh Januari 2010 sehingga 1 Mac 2015 sebanyak 71 projek Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku dengan 24,265 unit telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Status pelaksanaan mengikut tahun adalah seperti berikut:

    Tahun Bil.

    Projek

    Siap

    Dibina

    Dalam

    Pembinaan

    Belum

    Dibina

    Jumlah

    Unit

    2010 3 3 1,682
    2011 2 1 1 104
    2012 10 5 5 3,449
    2013 17 1 2 14 3,913
    2014 26 1 25 9,935
    2015 13 13 5,182
    Jumlah 71 4 9 58 24,265

    Jumlah ini tidak termasuk 9 Projek dengan 11,833 unit Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015 sebagaimana skim insentif yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan Belanjawan 2015 yang lepas yang mana mensasarkan sebanyak 15,000 unit mula dibina bermula tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) tahun. Kriteria utama projek di bawah skim ini adalah Projek Rumah Selangorku yang perlu dibina melebihi 500 unit dalam satu-satu skim pembangunan dan pembinaannya dimulakan pada tahun 2015 juga. Pecahan projek tersebut adalah seperti berikut:

    Bil. Pemaju Projek Unit
    1. SimeDarbyProperty (Klang) Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di atas PT 6909 (HSD 138520), PT 72198

    (HSD 15134), Lot 45390  (geran

    154246) dan Lot 46961 (geran 164622)  Mukim  Kapar  Daerah

    Klang

    2,403
    2. Bandar Rimbayu Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di atas Lot PT  36246  (HSD  3613)  Mukim

    Tanjung    Dua    Belas   Daerah

    Kuala Langat

    2,330
    3. Gemilang Waras Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di atas hakmilik Geran 15543 Lot 117120 dan Geran 155544 Lot 17125 Mukim Klang Daerah

    Klang.

    695
    4. Gabungan                           Efektif Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di atas hakmilik Geran 53052 Lot 67694

    Mukim Klang Daerah Klang.

    1,041
    5. Sin HeapLeeDevelopment

    Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di Taman Alam Budiman, Seksyen

    U10 Shah Alam Daerah Petaling

    536
    6. LakefrontResidence Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di Projek OneResidence@            Lakefront Cyberjaya Mukim dengkil Daerah

    Sepang.

    1,932
    7. EcoMajestic          Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di atas Lot 35, Lot 1252 dan Lot 42195 Mukim Beranang Daerah Hulu

    Langat

    870
    8. JadeHomes          Sdn. Bhd. Cadangan               Pembangunan

    Rumah    Selangorku    di    Pekan Kajang Daerah Hulu Langat

    714
    9. Seribu    Baiduri    Sdn. Bhd.                      (LBS

    LandGroup)

    Cadangan               Pembangunan Rumah Selangorku di atas Lot 32884,    32885     dan    62611

    (32886), Bandar Saujana  Putra,

    1,312
        Mukim     Tanjung      Dua     Belas

    Daerah Kuala Langat

     
    JUMLAH 11,833

    Selain projek-projek yang dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta, Kerajaan Negeri juga terlibat secara langsung dengan pembinaan Rumah Selangorku melalui Projek Rumah SelangorkuUkay Indah, Sungai Sering Mukim Hulu Kelang Daerah Gombak sebanyak sebanyak 2,496 unit yang dibangunkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang dijangka pembinaannya akan bermula pada pertengahan April 2015 (lewat daripada jadual asal yang sepatutnya Disember 2014 disebabkan faktor-faktor teknikal).

    Kerajaan Negeri percaya sasaran pembinaan 35,000 unit sehingga tahun 2018 adalah sesuatu yang realistik. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) manakala baki 30,000 unit lagi akan dibangunkan oleh anak- anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi ?

    Kekangan dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan umah Selangorku adalah seperti berikut:

    • Walaupun sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 71 Projek Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku tidak termasuk Projek di bawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015, namun daripada jumlah tersebut hanya 13 Projek sahaja yang telah berjalan iaitu sama ada telah siap dibina ataupun dalam pembinaan. Manakala baki 58 Projek lagi masih belum dibangunkan oleh pemaju swasta.

    Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah dengan menubuhkan tiga (3) jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku yang dipengerusikan oleh saya sendiri, Jawatankuasa Teknikal Rumah Selangorku dan Jawatankuasa Pemantauan Rumah Selangorku yang dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi memudahcara, mempercepatkan proses kelulusan dan memantau pelaksanaan projek bagi memastikan sasaran Kerajaan Negeri untuk membina 35,000 unit Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku sehingga 2018 tercapai dan pemaju mematuhi kelulusan yang telah diberikan.

  3. Sila nyatakan bagaimanakah sambutan dan kerjasama sektor swasta terhadap usaha tersebut ?

    Sambutan pemaju swasta terhadap Projek Rumah Selangorku khususnya di bawah Skim Galakan Insentif Rumah Selangorku 2015 yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bermula awal tahun ini amat memberangsangkan. Sehingga kini sahaja sebanyak sembilan (9) buah syarikat pemaju telah menyertai Skim Galakan ini dengan bilangan unit rumah sebanyak 11,633 unit. Secara keseluruhannya dijangkakan sebanyak 15 buah syarikat pemaju secara keseluruhannya akan menyertai skim galakan ini sehingga akhir tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.