Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

47) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan memaklumkan kepada ADUN Bangi bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS akan memulakan projek perumahan mampu milik oleh rakyat bertaraf dunia di Bangi. Apakah maksud dan konsep rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah bertaraf dunia itu?

    Konsep perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri ialah :

    • Rumah untuk golongan berpendapatan sederhana
    • Sejajar dengan gaya dan nilai hidup bandar
    • Menjana semangat kejiranan
    • Memenuhi keperluan warga emas dan kurang upaya
    • Pembangunan berdensiti tinggi dan berintegrasi tinggi

     

    Berkonsep :

     

    • Pengawasan Keselamatan
    • Reka bentuk yang ekonomi
    • Mesra Alam
  2. Bilakah projek ini akan dijalankan di Bandar Baru Bangi?

    Di jangka bermula pada pertengahan tahun 2010

  3. Berapakah jangkaan harga bagi satu unit rumah mampu milik bertaraf dunia ini?

    Harga sebuah rumah anggaran dijangka RM70,000.00 hingga RM180,000.00 dengan perincian seperti berikut :

    • Jenis kediaman 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dengan luas lantai antara 550 kaki persegi hingga 850 kaki persegi mengikut permintaan.
    • Harga jualan antara RM70,000.00 hingga RM180,000.00 seunit.
    • Lengkap dengan kemudahan komuniti seperti pusat riadah, surau, pusat tuisyen, tempat letak kereta, tadika, klinik dan dewan.

Lampiran

Tiada Lampiran.