Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
136) RUMAH MAMPU MILIK PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
PKNS telah membina 2,865 unit rumah mampu milik pada 2008-2013 di pelbagai lokasi. Daripada jumlah tersebut berapa unitkah sudah terjual mengikut lokasi?
Rumah Mampu Milik PKNS yang telah siap dibina dari tahun 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:
Daerah Lokasi Bil unit Jenis Rumah Tarikh CCC Gombak Bukit Botak 1,422 R / Berkembar Mei 2013 Hulu langat Bandar Baru Bangi 124 Pangsapuri Jangkaan April 2014
Petaling Seri Kejora, Subang Bestari
254 Pangsapuri Ogos 2011 Jumlah 1,800 unit -
Apakah kriteria dan latar belakang sosioekonomi para pembeli?
Untuk makluman Yang Berhormat, semua pembeli rumah mampu millik mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Berpendapatan isi rumah di antara RM3,000.00 hingga RM8,000.00 sebulan;
- Pembeli belum memiliki rumah di Negeri Selangor kecuali rumah kos rendah yang telah melebihi tempoh lima (5) tahun; dan
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
-
Adakah unit-unit tersebut sudah memiliki Certificate of Fitness (CF)?
Sama seperti di SUB (a)