Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

341) RUMAH MAMPU MILIK OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat di Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengikut Daerah dan Kawasan ADN?

    Sehingga kini, PKNS telah membina sebanyak 77,552 unit Rumah Mampu Milik dengan pecahan daerah dan kawasan ADN seperti berikut  :-

     

    Bil. Kawasan Pembangunan PKNS Jumlah

    Unit

    Daerah Kawasan ADN
    1. Shah Alam 41,597 Petaling Kota Anggerik /

    Batu Tiga

    2. Kota Puteri 466 Kuala Selangor Ijok
    3. Bukit Botak 1,214 Gombak Taman Templer
    4. Selangor Cyber Valley 864 Sepang Dengkil
    5. Bernam Jaya 455 Hulu Selangor Hulu Bernam
    6. Ampang Ulu Klang 7,250 Hulu Langat Ampang
    7. Kota Damansara 5,198 Petaling Kota Damansara
    8. Bandar Baru Bangi 10,063 Hulu Langat Kajang
    9. Antara Gapi 966 Hulu Selangor Batang Kali
    10. Petaling Jaya 9,059 Petaling Bukit Gasing / Seri Setia / Taman Medan
    11. Gombak 420 Gombak Sungai Tua
      JUMLAH 77,552    

     

     

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran RSKU Dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dari tahun 2018 sehingga kini ialah:

    BIL PROJEK KATEGORI DAERAH MUKIM JUMLAH UNIT
    1. Taman Keruing Rasa JENIS D Hulu Selangor Batang Kali 66
    2. Selangorku Idaman Residensi JENIS D Sepang Dengkil 864
    3. RMM Kota Puteri JENIS D Gombak Rawang 198
    4. Rumah Teres Antara Gapi JENIS B Hulu Selangor Serendah 80
    5. Rumah Teres Antara Gapi JENIS D Hulu Selangor Serendah 129
    6. Rumah Mampu Milik U12 JENIS B & C Petaling  

    Shah Alam

    104
    7. Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung JENIS B,C & D Gombak Batu 420

    JUMLAH :

    1,861

     

  2. Berapakah jumlah pemohonan yang dipohon untuk memiliki Rumah Mampu Milik di Selangor mengikut tahun 2016 sehinggalah tahun 2023?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran RSKU Dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor jumlah pemohonan untuk memiliki Rumah Mampu Milik di Selangor daripada tahun 2016 sehinggalah tahun 2023 ialah 164,055 pemohon seperti berikut:

    TAHUN JUMLAH PEMOHON
    2016 4,819
    2017 7,184
    2018 18,899
    2019 23,912
    2020 19,582
    2021 30,924
    2022 32,558
    2023 26,177
    JUMLAH 164,055
  3. Apakah data terperinci jumlah rumah mampu milik yang disediakan daripada tahun 2016 sehingga 2023 oleh kerajaan Negeri mengikut daerah dan kawasan ADN di Selangor?

    Data terperinci jumlah rumah mampu milik yang disediakan daripada tahun 2016 sehingga 2023 oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah seperti berikut:

    DAERAH

    JUMLAH PROJEK

    JUMLAH UNIT

    KLANG

    27

    5,738

    KUALA LANGAT

    23

    3,221

    KUALA SELANGOR

    26

    4,936

    SABAK BERNAM

    11

    221

    HULU LANGAT

    72

    16,089

    HULU SELANGOR

    17

    1,988

    PETALING

    65

    15,847

    GOMBAK

    31

    5,998

    SEPANG

    47

    10,884

    JUMLAH

    319

    64,922

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, pecahan pemohon rumah berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran RSKU Dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada mukim dan daerah dan bukannya berdasarkan Rekod kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.