Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

165) RUMAH MAMPU MILIK NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2013 mengumumkan Ð Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari RM100 - RM400 ribu dan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Ð rumah kos rendah & sederhana dari RM110 Ð RM250 ribu serta rumah Mesra Rakyat berharga RM45 ribu dengan subsidi RM20 ribu. Nyatakan harga rumah-rumah yang dibina oleh anak-syarikat kerajaan negeri serta lokasinya?

    Kerajaan Negeri melalui PKNS sehingga kini sedang membina sebanyak 1,546 unit rumah mampu milik di dua (2) lokasi iaitu di Bandar Baru Bangi dan Bukit Botak Selayang. Harga jualan pula dianggarkan di antara RM60,000.00 hingga RM99,000.00 bergantung kepada saiz rumah. Pecahannya adalah seperti berikut:

     

     

    Bandar         Baru

    Bangi

    PKNS 124 Dijangka siap

    Mac 2013

    RM60,000.00 —

    RM99,000.00

    Bukit          Botak,

    Selayang

    PKNS 1,422 Dijangka siap

    Disember 2012

     

    RM99,000.00

    Jumlah 1,546

     

  2. Apakah jumlah sasaran kerajaan negeri bagi membina rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat Selangor ketika ini?

    Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai bagi penyediaan pembangunan perumahan mampu milik dengan sasaran sebanyak 11,629 unit rumah mampu milik di tapak yang telah dikenalpasti dari tahun 2013 sehingga tahun Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,696 unit akan dibina PKNS manakala sebanyak 933 unit lagi akan dibangunkan oleh pihak swasta. Pecahan perancangan projek perumahan mampu milik adalah seperti berikut:

     

    1. Perancangan oleh PKNS

     

    Petaling Seksyen U12 Shah Alam 1,104
    Seksyen U10 Shah Alam 600
    Gombak Kg. Seri Temenggong 418
    Kota Puteri 714
    Klang Bandar Sultan Sulaiman 240
    Jalan Md Sudin 210
    Sepang Selangor Science Park 2 350
    Seksyen 1D (Fasa 1) 490
    Kuala Selangor Seksyen 5 Kota Puteri 214
    Hulu Selangor Antara Gapi (Fasa 1) 129
    Antara Gapi 1,227
    Bernam Jaya 5,000
    Jumlah 10,696

     

    1. Perancangan oleh Pemaju Swasta

     

    Petaling Seksyen U10 Shah Alam 536
    Pekan Baru Sg. Buloh Shah

    Alam

    230
    Hulu Langat Kajang 57
    Lot 1024 Cheras Belum

    dimuktamadkan

    Klang Bandar Botanik 214
    PT 18288 Bandar Klang Belum

    dimuktamadkan

    Jumlah 933

     

     

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang memberi subsidi kepada pembeli rumah kalangan rakyat Selangor yang memerlukan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memberikan sebarang subsidi kepada pembeli rumah mampu milik kerana harga yang dijual merupakan harga yang dikawal yang mampu dibeli oleh penduduk Negeri Selangor dan ianya jauh lebih murah berbanding dengan perumahan mampu milik yang dicadangkan oleh Kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.