Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
172) RUMAH MAMPU MILIK-KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENSASARKAN 15 RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK MENJELANG 2018
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran tersebut boleh dicapai
Untuk makluman Yang Berhormat, melalui Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku sasaran 15,000 unit tersebut telah tercapai malah melebihi sasaran iaitu sebanyak 22,494
-
Apakah prestasi terkini berasaskan jumlah unit yang telah dibina?
Melalui Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku terdapat sebanyak 18 projek yang telah disenaraikan dan ianya telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar. Daripada 18 unit tersebut sebanyak 1 projek telah siap dibina, 12 projek sedang dalam pembinaan dan 5 projek masih belum dibina seperti jadual dibawah :-
PBT
Projek / Bilangan Unit Siap Dibina
Sedang Dibina (Telah Ditawarkan)
Sedang Dibina (Belum Ditawarkan)
Belum Dibina
Jumlah Keseluruhan Projek / Unit MBSA 1 1 1 – 3 (536) (4,448) (388) (5,372) MPK – 3 1 – 4 (4,139) (84) (4,223) MPKj – 2 – – 2 (1,584) (1,584) MPS – 1 1 3 5 (488) (198) (5,449) (6,135) MDKL – – 2 (3,642)
– 2 (3,642)
MPSp – – – 1 (376)
1 (376)
MPSJ – – – 1 (1,162)
1 (1,162)
JUMLAH 1 (536)
7 (10,659)
5 (4,312)
5 (6,987)
18 (22,494)
-
Nyatakan agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan sasaran tersebut dicapai?
Dalam pelaksanaan pembinaan Rumah Selangorku, penglibatan semua pihak adalah perlu. Pihak – pihak yang terlibat adalah seperti syarikat Swasta, anak – anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Worldwide Holding Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan juga Badan – Badan Berkanun Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).