Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

43) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah siap dibina dan diserah kepada LPHS sejak 2018? Sila senaraikan mengikut daerah dan tahun.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku (RSKU) mensyaratkan pembangunan Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku untuk dibangunkan oleh pihak pemaju secara subsidi bersilang yang mana kos pembinaannya ditanggung 100% oleh pihak pemaju. Sehubungan dengan itu, RSKU yang siap dibina tidak diserahkan kepada LPHS, namun ianya ditawarkan terus kepada orang awam untuk proses pembelian. Oleh yang demikian, LPHS hanya bertindak sebagai agensi yang mengagihkan unit – unit yang tersedia kepada mereka yang layak ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor (SPPRS).

     

    Berdasarkan rekod LPHS sehingga 15 November 2021, sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku telah siap dibina dan berjaya ditawarkan kepada para penduduk. Perincian Rumah Selangorku tersebut adalah seperti berikut :-

     

    Jenis RSKU Siap Bina Dalam Pembinaan
    Jenis A 2,019 1,092
    Jenis B 4,122 2,364
    Jenis C 9,294 4,884
    Jenis D 7,822 7,792
    Jenis E 1,171 4,030
    Jumlah 24,428 20,162
    Jumlah Keseluruhan 44,590
  2. Berapakah jumlah rumah mampu milik telah diperuntukan untuk penjawat awam dan termasuk yang bekerja di pusat khidmat DUN?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil.37/2013 yang diadakan pada 4/12/2013 telah meluluskan kuota pengagihan Rumah Selangorku sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan unit yang dibina di setiap projek kepada penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Selangor. Penetapan kuota ini terpakai sekiranya kakitangan yang bekerja di Pusat Khidmat DUN merupakan kakitangan yang diiktiraf dibawah Skim penjawat awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.