Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

99) RUMAH MAMPU MILIK DI DUN SERI KEMBANGAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek rumah mampu milik (termasuk Rumah Selangorku, Smart Sewa, Rumah Idaman, Rumah Harapan, Rumah Wip dan sebagainya) yang telah dibina tetapi belum habis dijual unitnya, sedang dibina dan akan dibina dengan butiran nama projek, alamat, bilangan unit, harga jualan dan cara pemohonan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor di LPHS mendapati senarai projek Rumah Selangorku, Rumah Idaman dan Rumah Harapan adalah mengikut daerah. Sehingga kini sebanyak 148 projek Rumah Selangorku yang berdaftar masih aktif dan mempunyai kekosongan unit. Projek-projek ini bermula dengan harga RM 250,000.00 dengan tidak melebihi RM300,000.00. Senarai projek adalah seperti di Lampiran A.

     

    Orang awam boleh mengemukakan permohonan Rumah Selangorku secara percuma diatas talian melalui laman sesawang e-hartanah di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di https://ehartanah.lphs.gov.my/