Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

146) RUMAH MAMPU MILIK DI DUN BUKIT MELAWATI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan lokasi rumah mampu milik di DUN Bukit Melawati?

    Untuk makluman Yang Berhormat, masih tiada Rumah Mampu Milik/ Rumah Selangorku yang dibina dan siap di DUN Bukit Melawati. Namun terdapat pemajuan di kawasan sekitarnya seperti di Jadual

    Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku di sekitar DUN Bukit Melawati

     

     

    Bil.

     

    Pemaju

     

    Lokasi

    Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan

    (RM)

    1. Kumpulan Hartanah Selangor Sdn.

    Bhd. (Dalam

    Penggulungan)

    PT620 dan PT621,

    Bandar Kuala Selangor

    Jenis D (Teres) 1,000 91 250,000
    2. Goldpage Assets Sdn.

    Bhd.

    Lot14, 15, 27,

    32, 619, 620,

    655, 618, 469

    dan PT1, Pekan Pasir Penambang

    Jenis C dan Jenis D 800 –

    1,000

    272 150,000

    –    220,000

    3. Soon Sin Hin Development Sdn. Bhd. Lot1591 dan PT2053,

    Mukim Hujung

    Permatang

    Jenis C 800-

    900

    34 150,000

    –    180,000

     

     

    Bil.

     

    Pemaju

     

    Lokasi

    Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga

    Jualan (RM)

    4. Serambi Padu Sdn. Bhd. Mukim Hujung Permatang Jenis A dan C 700 –

    900

    499 42,000 –

    200,000

    5. 1st Mals Development Sdn. Bhd. Lot 8592

    Mukim Hujung Permatang

    Jenis A, C dan D 700 –

    1,000

    140 42,000 –

    250,000

    JUMLAH 1,036  
  2. Senaraikan secara terperinci jumlah dan lokasi rumah mampu milik yang sedang dan bakal dibina di Dun Bukit Melawati.

    Untuk makluman Yang Berhormat, masih tiada perancangan di dalam menyediakan Rumah Mampu Milik/ Rumah Selangorku di DUN Bukit Melawati bagi tanah hakmilik, pemilik tanah/ pemaju swasta masih belum mengemukakan sebarang permohonan bagi pembangunan

    Walau bagaimana pun, sekiranya pihak Yang Berhormat dapat mengenalpasti tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk pembangunan Rumah Selangorku di kawasan DUN Bukit Melawati, pihak Yang Berhormat boleh memajukan cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk diteliti bagi penyediaan Rumah Selangorku tersebut di kawasan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.