Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

228) RUMAH MAMPU MILIK DI DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini permasalahan rumah yang mampu dimiliki oleh sebahagian besar penduduk di Kuala Selangor sering menjadi perbualan. Apakah Kerajaan Negeri maklum dan prihatin dengan permasalahan tersebut?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan berusaha untuk membantu dan member peluang kepada semua golongan di Negeri Selangor memiliki rumah. Ini selaras dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk
  2. Berikan jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri dan pemaju perumahan semenjak 2008-2013, beserta dengan harga jualan seunit di daerah Kuala Selangor?

    1. Sejak tahun 2008 hingga tahun 2013 sebanyak dua (2) Projek Rumah Mampu Milik dengan 1,682 unit telah disiapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah di Bukit Botak, Selayang di Daerah Gombak sebanyak 1,422 unit dan bakinya 124 unit di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi di Daerah Hulu Langat. Bagi Projek Perumahan Mampu Milik di Daerah Kuala Selangor, Kerajaan Negeri masih lagi mengenal pasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang berpotensi bagi pelaksanaan projek tersebut dan sekiranya ada akan dimasukkan dalam
  3. Sudah adakah perancangan di tahun-tahun mendatang untuk menyediakan seberapa banyak rumah kepada golongan tersebut?

    1. Untuk tempoh (5) lima tahun sehingga tahun 2018, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk membina sebanyak 35,000 unit Rumah Mampu Milik daripada harga RM42,000.00 sehingga RM250,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,000 unit rumah mampu milik berkonsepkan pasang siap (Pre-Fabricated – IBS) yang disasarkan untuk dibina oleh sebuah agensi bertaraf autonomi di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Manakala bakinya disasarkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain

     

    seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta pemaju-pemaju swasta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.