Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

239) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di Selangor pada tahun 2014 mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat., Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 26 projek Rumah Selangorku yang terdiri daripada 9,935 unit pada tahun 2014. Namun hanya terdapat 1 projek yang terdiri daripada 315 unit sahaja yang telah memulakan pembinaannya pada tahun 2014 manakala bakinya masih di peringkat penyediaan pelan konsep dan kelulusan pelan- pelan Projek tersebut dibangunkan oleh Tetuan Glomac Land Sdn. Bhd. di Batu 22 Ijok, Saujana Aman, Daerah Kuala Selangor.

  2. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang sudah terjual pada tahun 2014 mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tahun 2014, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah membuat penawaran kepada 1,624 pemohon bagi 9 projek rumah mampu milik di daerah-daerah berikut:

    Bil. Projek Daerah Jumlah Tawaran
    1. Sunville Fasa 2 Hulu Langat 25
    2. Seksyen 3, Bandar Baru Bangi 20
    3. Alstonea, Taman Subang Mas  

    Petaling

    20
    4. Sri Embun, Sutera Damansara 322
    5. Desa Alam, Seksyen U12 107
    6. Antara Gapi Hulu Selangor 129
    7. Masreca Nineteen, Cyberjaya  

    Sepang

    960
    8. Taman Emas Dengkil (Bayu) 21
    9. Taman Emas Dengkil (Suria) 20
    JUMLAH 1,624

Lampiran

Tiada Lampiran.