Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
83) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan pembeli rumah mampu milik mengikut kategori rumah,kaum,umur dan jumlah pendapatan mengikut pecahan daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Mampu Milik atau Rumah Selangorku mengikut kategori jenis rumah, kaum, umur dan jumlah pendapatan mengikut pecahan daerah adalah seperti di lampiran 1.
Manakala nama-nama pemohon yang berjaya ditawarkan rumah ini akan dipaparkan di papan notis dan laman web LPHS selama 14 hari daripada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon bersidang untuk makluman orang awam.
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri bagi membantu golongan keluarga muda untuk membeli rumah mampu milik?
Golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun sekiranya layak dan menepati syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Selangorku boleh ditawarkan rumah di Negeri Selangor di mana Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon menetapkan kuota berjumlah 30% boleh dipertimbangkan kepada golongan belia yang berumur 35 tahun ke bawah untuk ditawarkan Rumah SelangorKu
Daripada 1 Januari 2015 hingga 22 Januari 2016 seramai 10,158 orang pemohon telah ditawarkan Rumah Selangorku. Daripada jumlah tersebut 78% pemohon adalah merupakan golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun.
-
Senaraikan jumlah unit dan lokasi rumah mampu milik secara sewa beli.
Setakat ini, jumlah unit dan lokasi rumah mampu milik secara sewa beli melibatkan 2 projek melalui Skim DANASEL sebanyak 104 permohonan daripada Peneroka Bandar di Kg. Rimba Jaya, Shah Alam telah diterima dan diproses oleh Syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn.
(PHSSB) dan 116 permohonan daripada Peneroka Bandar di Sungai Sering, Ampang masih ditangguhkan memandangkan pihak pemaju telah mengambil tindakan perundangan terhadap Kerajaan Negeri.