Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
36) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan maklumat perinci berkenaan projek Rumah Mampu Milik di DUN Rawang, Kuang dan Taman Templer.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2023, terdapat 41 projek dengan 18,999 unit Rumah Selangorku telah diluluskan di kawasan DUN Rawang, Kuang, Taman Templer. Daripada jumlah tersebut, 5 projek dengan 1,604 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci, 4 projek dengan
1,844 unit sedang dalam pembinaan dan 32 projek dengan 15,551 unit masih diperingkat perancangan. Perincian statistik projek Rumah Selangorku mengikut DUN adalah seperti berikut :-Rumah Selangorku di DUN Rawang.