Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

10) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan menyediakan dana atau skim khas untuk bantuan bina rumah diatas tanah milik sendiri bagi golongan B40?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak menyediakan skim pembinaan rumah diatas tanah hakmilik sendiri bagi golongan B40. Dasar perumahan mampu milik Kerajaan Negeri yang ditawarkan khusus kepada golongan B40 adalah program pemilikan Rumah Selangorku manakala bagi skim penyewaan pula adalah skim sewaan PPR dan Smart Sewa.

  2. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah tersedia dalam skim bantuan Kerajaan untuk tahun 2022?

    Antara skim bantuan perumahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah program pemilikan rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku. Sepanjang tahun 2022, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan pembangunan 675 unt Rumah Selangorku (4 projek) untuk ditawarkan sebagai program pemilikan kepada golongan sasaran. Projek tersebut kini dalam proses mendapatkan kelulusan pembangunan daripada jabatan dan agensi teknikal sebelum memulakan pembinaan di lapangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.