Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
263) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan inisiatif Rumah Mampu Milik Selangor termasuk Rumah SelangorKu, Rumah Idaman, Rumah Selangorku Harapan dan Skim Smart Sewa "2STAY"?
Untuk makluman Yang Berhormat, Secara keseluruhannya sebanyak 205,351 unit (345 projek) Perumahan Mampu Milik telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Perincian inisiatif mengikut status di tapak adalah seperti berikut:-
Rumah (Unit)
Status Siap Bina
Dalam Pembinaan
Dalam – Perancangan
Rumah Selangorku (126,914)
23,379 15,414 82,366 Rumah ldaman (42,992)
– 4,081 38,911 Rumah Harapan (41,200)
– 41,200 Jumlah 23,379 19,495 Jumlah Keseluruhan 205,351 unit Skim Smart Sewa To Ownership (2STAY) merupakan kesinambungan Program Skim Smart Sewa. Ia merupakan insentif baharu Kerajaan Negeri untuk membantu golongan 840 khususnya golongan yang kurang berkemampuan serta sukar untuk mendapatkan pembiayaan untuk memiliki rumah.
Bagi inisiatif Skim 2STAY, Kerajaan Negeri akan memperoleh sebanyak 3,062 unit rumah secara percuma dengan nilai hartanah sekitar RM 765 juta hasil daripada pembangunan Rumah ldaman dan Rumah Harapan.
Sehingga 31 Juai 2021, terdapat 1 projek Rumah ldaman MBI (ldaman Abadi) di Kajang 2, Batu 18 Semenyih yang kini telah mencapai 80% siap pembinaan melibatkan 2,059 unit dimana sebanyak 70 unit diserahkan kepada Kerajaan Negeri sebagai Skim 2STAY. Projek dijangka siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada suku keempat Tahun 2021.
-
Berapakah unit-unit yang telah siap dan tersedia?
Sama seperti di sub(a).