Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
51) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah kita mengadakan untuk rakyat rumah mampu milik yang harganya sedikit melepasi harga yang ditawarkan kepada ÒPemindahan SetingganÓ kerana ramai yang berpendapatan rendah di negeri ini yang tidak mampu memiliki rumah?
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Dasar Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan perumahan kepada semua penduduk di Negeri Selangor. Ini termasuklah penyediaan rumah bagi golongan berpendapatan rendah. Harga jualan bagi rumah milik yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah seperti berikut:
Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM) Dalam kawasan Majlis Perbandaran (Lembah
Klang)
20% rumah kos rendah 42,000.00 20% rumah kos sederhana rendah
72,000.00 10% rumah kos sederhana 100,000.00 Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas Dalam kawasan Majlis Daerah 20% rumah kos rendah 35,000.00 20% rumah kos sederhana rendah
60,000.00 10% rumah kos sederhana 85,000.00 Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas Luar kawasan Majlis Daerah / Majlis
Perbandaran
20% rumah kos rendah 30,000.00 10% rumah kos sederhana rendah
50,000.00 10% rumah kos sederhana 70,000.00 Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas Di samping kategori perumahan mampu milik sedia ada, Kerajaan Negeri kini melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang mereka cipta reka bentuk baru rumah mampu milik yang lebih mampan dan kondusif. Pengenalan reka bentuk dan perancangan rumah mampu milik ini menekankan ciri-ciri berikut:
- Reka bentuk rumah mampu milik yang lebih terkini;
- Mengintegrasikan rumah mampu milik dengan rumah-rumah yang lain dengan skim pembangunan;
- Mempelbagaikan jenis rumah mengandungi rumah satu bilik, rumah 2 bilik dan seterusnya dalam satu blok bangunan;
- Mengambil kira aspek kemapanan dari segi bahan binaan danpersekitarannya;
- Mampu memberi keselesaan dari segi saiz rumah (saiz minimum 800 kakipersegi);
- Penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi seperti kawasan riadah, surau dan sebagainya;
- Menerapkan konsep kejiranan yang baik;
- Kos penyelenggaraan yang murah; dan
- Harga jualan yang dicadangkan hendaklah rendah iaitu tidak melebihi RM150,000.00 seunit.
Untuk itu, sebuah tapak di Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah dipilih sebagai projek perintis pelaksanaan konsep baru rumah mampu milik tersebut yang mana Pelan Kebenaran Merancang / Susun atur telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Dengan pengenalan reka bentuk baru ini diharap dapat menjadi alternatif kepada reka bentuk kepada rumah mampu milik sedia ada pada masa kini yang akan dijadikan model khusus untuk diguna pakai oleh pemaju-pemaju swasta serta menjadi pilihan kepada pembeli termasuk golongan muda untuk membeli hartanah berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.