Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
16) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah PKNS akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di daerah Petaling dalam masa lima tahun yang akan datang memandangkan keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik semakin meningkat di daerah Petaling?
Permohonan cadangan membangunkan perumahan mampu milik di daerah Petaling masih dalam pertimbangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri dan keputusan belum diperolehi lagi. Kawasan yang dicadangkan di Seksyen U12 Shah Alam
adalah seperti berikut :-
Jenis Perumahan Mampu Milik Unit 850 kp 102 750 kp 34 650 kp 48 500 kp 16 PKNS telah membina terlebih dahulu kesemua keperluan perumahan kos rendah/mampu milik dalam pembangunan PKNS di Daerah Petaling. PKNS sedang bekerjasama dengan lain-lain pemaju bagi membantu mereka untuk membangunkan perumahan kategori di tapak pembangunan mereka.