Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
160) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Rumah mampu milik terawal di Selangor didirikan di Bangi. Sejauh manakah rumah mampu milik ini telah disiapkan?
Untuk makluman B, sehingga 31 Oktober 2012, kemajuan kerja- kerja pembinaan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah mencapai 70%, iaitu di peringkat kerja- kerja pembinaan struktur bangunan dan kemasan dalaman bangunan. Projek ini juga dijangkakan akan siap sepenuhnya pada Februari 2013.
-
Apakah kriteria pembeli yang dipilih?
Untuk makluman Y.B, dalam usaha kerajaan negeri untuk memastikan hanya pembeli yang benar- benar layak sahaja diberi peluang untuk membeli rumah mampu milik, mereka perlulah berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) terlebih dahulu seterusnya akan melalui proses tapisan berdasarkan kriteria- kriteria tertentu sebelum
Kriteria- kriteria pembeli rumah mampu milik yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah seperti berikut :
iV.
Warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun ke atas;
Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM2,500.00 hingga RM5,000.00 sebulan;
Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor melainkan;
Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama lima tahun ke atas boleh memohon rumah mampu milik;
- Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh ditawarkan rumah;
- Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk disewa;
- Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dan;
- Berdaftar di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS).
-
Berapakah harga satu unit berbanding dengan rumah yang lain?
Untuk makluman Y.B, rumah mampu milik di Bangi ini mempunyai 124 unit yang terdiri daripada tiga jenis iaitu Jenis A 700 kaki persegi, Jenis B 750 kaki dan Jenis C 800 kaki persegi. Kesemua jenis rumah ini akan dijual pada harga di antara RM60,000.00 hingga RM99,000.00 Harga ini lebih murah berbanding harga yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi skim perumahan mampu milik iaitu RM120,000.00 seunit. Selain itu, harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah berbanding Program Skim Perumahan Rakyat Satu Malaysia (PRIMA) di peringkat persekutuan yang dijual antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit.