Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

204) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi dan berapa unit Rumah Mampu Milik akan dibina di sekitar Selangor dalam perancangan ini

    Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mensasarkan untuk membina sejumlah kira-kira 11,000 unit Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2016 dan tambahan 10,000 unit lagi untuk tempoh 5 tahun yang berikutnya. Sebagai langkah permulaan, PKNS telah merancang untuk membina sebanyak 1,948 unit sehingga penghujung tahun 2012 dengan lokasi-lokasi adalah seperti berikut:

      Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
        Perumahan Unit  
      Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat Pangsapuri 124 10% Kerja-kerja di tapak
      Seksyen U12, Shah Alam, Petaling (PKNS

    /Debbin Sdn. Bhd),

    Pangsapuri 96 Menunggu Kelulusan

    Kebenaran

    Merancangdari

    MBSA

    Seksyen       U12,       Shah

    Alam, Petaling (PKNS /

    Must Ehsan Sdn. Bhd.)

    Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.  
    Antara         Gapi,        Hulu

    Selangor

    Town House 128 Pindaan Pelan

    Susunatur telah dikemukakan kepada

    MDHS

     
    Kota        Puteri,        Kuala

    Selangor

    Town House 300 Konsep pembangunan sedang disediakan.  
    Kg.    Seri    Temenggong, Gombak Pangsapuri 500 Konsep pembangunan sedang disediakan.  
    Taman Sains Selangor II, Sepang Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.  
    Jumlah 1,948    

    Disamping Projek Rumah Mampu Milik yang dilaksanakan oleh PKNS, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa permohonan daripada pemaju untuk melaksanakan Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru. Sehingga kini terdapat 671 unit rumah yang akan dibina. Projekprojek tersebut adalah seperti berikut:

    Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
      Perumahan Unit  
    Taman Alam Budiman

    Seksyen U10, Shah

    Alam

    Pangsapuri 536 EXCO telah luluskan pada 30 Nov 2011
    Bandar Sg. Long,

    Cheras Daerah Hulu

    Langat

    Pangsapuri 135 Dalam pembinaan (70%)
    Jumlah   671    
  2. Adakah ini bermaksud Kerajaan Negeri tidak akan membina rumah kos rendah, RM 42,000 lagi ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, disamping memperkenalkan Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru, Kerajaan Negeri masih lagi komited untuk meneruskan penyediaan Rumah Kos Rendah pada harga RM42,000 atau RM35,000 seunit bergantung sama ada ia dibangunkan dalam kawasan Lembah Klang atau luar Lembah Klang. Ini kerana matlamat bagi penyediaan kedua-dua jenis rumah tersebut adalah untuk golongan yang berbeza yang mana Rumah Kos Rendah (RKR) adalah difokuskan untuk golongan berpendapatan rendah yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan, manakala Rumah Mampu Milik Selangor ini adalah disasarkan kepada golongan berpendapatan diantara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

  3. Adalah pihak PKNS diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk membina Rumah Mampu Milik harga < RM 100,000 ini atau adakah pemaju swasta juga akan diberikan kuota pembinaannya ?

    Dalam menjayakan Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru ini selain daripada PKNS, Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti di mana kawasan yang kurangnya permintaan Rumah Kos Rendah atau penyediaan Rumah Kos Rendah yang telah melebihi keperluan bagi sesuatu kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk digantikan dengan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan harga jualan di antara RM85,000 hingga RM120,000 seunit. Melalui pendekatan ini ia bukan sahaja membantu Kerajaan Negeri dalam menyediakan keperluan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan khususnya golongan belia untuk memiliki rumah.

    Bagi tujuan tersebut, setiap pemohon yang layak perlu berdaftar dengan LPHS bagi ditapis oleh sebuah Jawatankuasa Pemilihan Nama yang telah ditubuhkan sebelum ditawarkan kepada pemohon yang layak.

Lampiran

Tiada Lampiran.