Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

140) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perbezaan rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan?

    Antara Perbezaan ketara di antara rumah mampu milik yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor dengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan

    Persekutuan adalah seperti berikut:

    Perbezaan   Kerajaan Negeri   Kerajaan Persekutuan
    Nama Rumah Mampu

    Milik

    Rumah      Mampu      Milik      Selangor

    Konsep Baru

    Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA)
    Agensi Pelaksana Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan Pemaju Swasta Entiti Kerajaan Persekutuan (PR1MA)
    Kelayakan Pendapatan Pendapatan isirumah di antara RM2,500- RM5,000 sebulan Pendapatan isirumah di bawah RM6,000 sebulan
     
    Harga Jualan Di bawah RM120,000 seunit Antara RM150,000 hingga RM300,000 seunit.
     
    Saiz Rumah 850 – 1,000 kaki persegi 850 – 1,400 kaki persegi.
    Kumpulan Sasaran 1.     Tidak memiliki rumah kecuali bagi mereka yang memiliki RKR lebih 5 tahun.

    2.     Keutamaan      untuk golongan berikut:

    –      Golongan di bawah 35 tahun.

    –      Warga emas.

    –      Golongan   Kelainan          Upaya (OKU).

    Terbuka        kepada pembeli pertama.
     
    Kebenaran           Pindah Selepas 5 tahun Selepas 10 tahun
  2. Apakah sasaran pembinaan rumah mampu milik Kerajaan Selangor

    Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sahaja telah mensasarkan untuk membina sejumlah kira-kira 11,000 unit Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2016 dan tambahan 10,000 unit lagi untuk tempoh 5 tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk cadangan pembinaan oleh pemaju swasta yang lain.

  3. Bagaimanakah prestasi perlaksanaan rumah mampu milik di Selangor

    Sebagai langkah permulaan, PKNS telah membina dan merancang sebanyak 1,948 unit manakala pihak pemaju swasta pula telah mula membina sebanyak 135 unit dan merancang untuk membina 536 unit sehingga penghujung tahun 2012. Lokasi-lokasi pembinaan Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru adalah seperti berikut:

    1. Projek Yang Dibangunkan Oleh PKNS
    Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
      Perumahan Unit  
    Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat Pangsapuri 124 14% Kerja-kerja di tapak
    Seksyen U12, Shah Alam, Petaling (PKNS /Debbin

    Sdn. Bhd),

    Pangsapuri 96 Menunggu Kelulusan Kebenaran

    Merancangdari MBSA

    Seksyen U12, Shah Alam, Petaling (PKNS / Must

    Ehsan Sdn. Bhd.)

    Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Antara Gapi, Hulu Selangor Town House 128 Pindaan Pelan

    Susunatur telah dikemukakan kepada

    MDHS

    Kota Puteri, Kuala Selangor Town House 300 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Kg.      Seri     Temenggong, Gombak Pangsapuri 500 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Taman Sains Selangor II, Sepang Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Jumlah 1,948    
    1. Projek Yang Dibangunkan oleh Pemaju Swasta
    Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
      Perumahan Unit  
    Taman Alam Budiman

    Seksyen U10, Shah

    Alam

    Pangsapuri 536 EXCO telah luluskan pada 30 Nov 2011
    Bandar Sg. Long,

    Cheras Daerah Hulu

    Langat

    Pangsapuri 135 Dalam pembinaan (70%)
    Jumlah   671    

Lampiran

Tiada Lampiran.