Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

48) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rumah, jenis unit yang dibina oleh kerajaan atau anak syarikat negeri sejak 2008 hingga kini?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan memandang serius terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam penyediaan kediaman yang mampu dimiliki oleh golongan tersebut. Namun begitu, Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru hanya dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 8 Jun 2011 di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Oleh yang demikian, dari tahun 2008 Kerajaan Negeri masih mengguna pakai jenis rumah mampu milik seperti Rumah Kos Rendah (RM35,000.00 hingga RM42,000.00), Rumah Kos Sederhana Rendah (bawah RM72,000.00) dan Rumah Kos Sederhana (bawah RM100,000.00). Dalam tempoh tersebut, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah diamanahkan untuk menyediakan rumah- rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana selain sebagai tanggung jawab sosial korporat (CSR).

    Secara keseluruhannya, sebanyak 23,637 unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh PNSB dan PKNS bagi tempoh April 2008 sehingga kini. Berikut adalah pecahan unit rumah mampu milik mengikut kategori yang telah siap, sedang dan akan dibangunkan di Negeri Selangor sejak April 2008 sehingga kini.

    1. i) Kategori Rumah Kos Rendah (RM35,000.00- RM42,000.00)
    Bil Daerah Bilangan unit Status Projek (Unit)
    1 Gombak 1,653 180 Siap dan Diduduki

    694 Dalam Pembinaan

    779 Belum Bina

    2 Hulu Langat 708 Belum Bina
    3 Klang 302 132 Dalam Pembinaan

    170 Belum Bina

    4 Kuala Langat 1,730 Belum Bina
    5 Petaling 550 Belum Bina
    6 Sepang 562 Belum Bina
    7 Hulu Selangor 107 Siap dan Diduduki
    8 Kuala Selangor 0 Tiada Projek
    9 Sabak Bernam 0 Tiada Projek
      JUMLAH 5,612  

    Bilangan Unit Siap dan Diduduki    =     287 Unit

    Bilangan Unit Dalam Pembinaan    =    826 Unit

    Bilangan Unit Belum Bina  =  4,499 Unit ii)         Kategori Rumah Kos Sederhana Rendah (RM42,001.00- RM72,000.00)

    Bil Daerah Bilangan unit Status Projek (Unit)
    1 Gombak 389 Belum Bina
    2 Hulu Langat 206 16 Dalam Pembinaan 190 Belum Bina
    3 Klang 0 Tiada Projek
    4 Kuala Langat 1,578 Belum Bina
    5 Petaling 0 Tiada Projek
    6 Sepang 359 Belum Bina
    7 Hulu Selangor 0 Tiada Projek
    8 Kuala Selangor 0 Tiada Projek
    9 Sabak Bernam 0 Tiada Projek
      JUMLAH 2,532  

    Bilangan Unit Dalam Pembinaan =         16 Unit

    Bilangan Unit Belum Bina                =  2,516 Unit

    iii)        Kategori Rumah Kos Sederhana (RM72,001.00- RM100,000.00)

    Bil Daerah Bilangan unit Status Projek (Unit)
    1 Gombak 3,912 1,947 Dalam Pembinaan

    1,965 Belum Bina

    2 Hulu Langat 1,385 1,023 Dalam Pembinaan 362 Belum Bina
    3 Klang 1,078 524 Dalam Pembinaan

    554 Belum Bina

    4 Kuala Langat 7,693 900 Dalam Pembinaan 6,793 Belum Bina
    5 Petaling 694 623 Dalam Pembinaan 71 Belum Bina
    6 Sepang 627 493 Dalam Pembinaan

    134 Belum Bina

    7 Hulu Selangor 0 Tiada Projek
    8 Kuala Selangor 0 Tiada Projek
    9 Sabak Bernam 104 Belum Bina
      JUMLAH 15,493  

    Bilangan Unit Dalam Pembinaan =    5,510 Unit

    Bilangan Unit Belum Bina                =  9,983 Unit

  2. Adakah rumah yang siap dibina dari projek asal atau projek terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 23,637 unit- unit rumah yang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, hanya 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak yang terlibat dengan

    pengambilan/pemulihan projek terbengkalai oleh PKNS dari tahun 2010. Status kemajuan projek tersebut telah mencapai 72 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012.

  3. Apakah peranan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memastikan hasrat kerajaan negeri tercapai?

    Komitmen PKNS adalah untuk membina 10,948 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun mulai tahun 2011 hingga tahun 2021. Bagi tahun 2012, jangkaan sebanyak 933 unit akan dibina dan baki 10,015 unit akan dibina pada tahun 2013 – 2021 secara berperingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.