Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
29) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapa jumlah rumah mampu milik yang akan dibina dalam 5 tahun akan datang.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mensasarkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 11,356 unit menjelang tahun 2021. Selain itu Kerajaan Negeri juga telah meluluskan 24 projek pihak pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik. Walaubagaimanapun, jumlah unit yang perlu dibina tidak dapat dikemukakan disebabkan pemaju masih belum mengemukakan pelan cadangan terperinci pembangunan serta pelan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Sila nyatakan lokasi rumah mampu milik yang telah dirancangkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, lokasi projek rumah mampu milik dalam peringkat perancangan untuk dibina adalah sebanyak 20 projek yang melibatkan 7 daerah. Lokasi projek ruma mampu milik mengikut daerah adalah seperti di Jadual 1:
Jadual 1: Lokasi Projek Rumah Mampu Milik
Daerah Projek Pemaju Petaling Seksyen U12, Shah Alam Seksyen U10, Shah Alam
Lot 243, 395 & 397, Sg Buloh
Sutera Damansara, Sg Buloh
PKNS PKNS
PPC Glomac Sdn Bhd
PNSB
Gombak Kg Seri Temenggung Seksyen 5, Kota Puteri
Lot 12010, 1211, 5035, Hulu
Kelang
Lot 1048, 18056, Bandar Kundang Lot 24673, Bandar Kundang
Bukit Rahman Putra, Rawang
PKNS PKNS
Twin Ridge Sdn Bhd
Pinggir Mentari Sdn Bhd
Major Land Development
Sdn Bhd
Alimach Holdings Sdn Bhd
Klang Jalan Md Sidin PT18288, Klang
Bandar Botanik
Bandar Parklands, Klang
PKNS Selaman Sdn Bhd
Harum intisari Sdn Bhd
Gabungan Efektif Sdn Bhd
Hulu Selangor Antara Gapi Bernam Jaya PKNS PKNS
Sepang Selangor Science Park 2 Lot 786 & 787, Dengkil
Lot 3514 Sepang
PKNS Wanderfull Property
Development Sdn Bhd
Mainstay Development Sdn
Bhd
Sabak Bernam Rumah Rehat & Rawat, Ladang Air Manis PNSB -
Sila nyatakan insentif-insentif yang diberi kepada pemaju untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan bandar.
Kerajaan Negeri ketika ini sedang merangka satu Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor yang lebih komprehensif dan menyeluruh bagi menggantikan dasar perumahan semasa yang telah digunapakai sejak tahun 2000 lagi yang dijangkakan akan dimuktamadkan pada pertengahan September 2013. Dalam pembentukan Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor tersebut juga Kerajaan Negeri turut akan mengkaji kesesuaian untuk menyediakan insentif sebagai galakan kepada sektor swasta untuk membina dan menyediakan Rumah Mampu Milik dengan lebih giat lagi pada masa hadapan antaranya termasuklah seperti pengenaan kadar premium tanah yang nominal dan pengecualian sumbangan “Improvement Service Fund” (ISF).