Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

138) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi, harga dan jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2013.

    Secara keseluruhannya terdapat sebanyak 6 Projek Rumah Mampu Milik dengan bilangan unit rumah melebihi 2,495 unit yang telah dibina dan sedang dalam pembinaan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat seperti PKNS dan juga PNSB bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun Mei 2013. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Pemaju Jumlah Unit
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) PKNS / Debbin Sdn. Bhd. 104
    2. Majlis          Bandaraya

    Petaling Jaya (MBPJ)

    PNSB / Semponia

    Sdn. Bhd. & Country Wheel Sdn. Bhd.

    236
    3. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) PKNS 124
    4. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) PKNS 1,422
    5. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) PKNS 129
    6. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) PNSB 480
    JUMLAH 2,495
  2. Senaraikan lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembinaan rumah mampu milik bagi tahun 2013-2018 mengikut pecahan PBT dan apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan sesuatu lokasi itu dipilih untuk pembinaan rumah mampu milik?

    Selain projek yang telah berjalan dan telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, beberapa Projek Mampu Milik telah dikenalpasti oleh PKNS untuk dilaksanakan dalam tempoh tahun 2013 hingga tahun 2021. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Projek Unit
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen U10, Shah Alam 600
    Seksyen U12 850
    2. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Kota Puteri 1,064
    3. Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Selangor Science Park 2 840
      Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Antara Gapi 1,227
    Bernam Jaya 5,000
      Jumlah 9,581
  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan rumah mampu milik yang mencukupi dibenakan khasnya untuk golongan yang berpendapatan sederhana rendah (RM3,000-rm16,000) dapat membeli rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.

    Sebagai peringkat permulaan beberapa strategi telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri dalam memperbanyakkan dan mempergiatkan pembinaan rumah mampu milik iaitu;

    1. Mengkaji semula dasar perumahan sedia dengan dengan memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor. Dasar yang digunapakai kini lebih menekankan kepada penyediaan rumah kos rendah (RM42,000.00), rumah kos sederhana rendah (RM72,000.00) dan rumah kos sederhana (RM100,000.00) dan pembentukan dasar baru kelak akan menekan kepada perumahan mampu milik yang lebih komprehensif dan menyeluruh dengan penyediaan rumah dari harga jualan bermula RM42,000.00 seunit sehingga kepada harga jualan tidak melebihi RM250,000.00 seunit. Dasar ini dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pertengahan September 2013.
    2. Memperkasakan peranan-peranan agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah dan Selangor (LPHS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk terlibat secara lebih giat lagi dalam pembinaan rumah mampu milik yang lebih selesa dan berkualiti pada harga mampu milik.
    3. Penetapan syarat kepada pemaju untuk turut sama terlibat dalam penyediaan rumah mampu sebagaimana penetapan syarat penyediaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana yang digunapakai sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.