Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
90) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah rumah mampu milik yang akan dibina oleh kerajaan negeri tahun 2014 ?
Projek rumah mampu milik yang akan dibina oleh kerajaan negeri dalam tahun 2014 adalah sebanyak 4 projek yang melibatkan 2,965 unit. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Perincian Projek Rumah Mampu Milik Yang Akan Dibina Dalam Tahun 2014
Bil Nama Projek Pemaju Jumlah Unit 1. Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Petaling
PKNS / Debbin Sdn. Bhd. 104 2. Sutera Damansara,Pekan Baru Sg Buloh, Petaling PNSB / Semponia Sdn. Bhd. 236 3. Seksyen 1D, Antara Gapi, Hulu Selangor PKNS 129 4. Ukay Indah, Sg Sering, Hulu Kelang, Gombak LPHS 2,496 JUMLAH 2,965 -
Berapa banyak yang telah mendaftar di Lembaga Perumahan Negeri Selangor untuk rumah mampu milik ?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Mac 2014, jumlah permohonan
Rumah Mampu Milik yang berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor adalah seramai 7,335 orang pemohon. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
Bil Daerah Jumlah 1. Klang 338 2. Petaling 3,261 3. Gombak 814 4. Hulu Langat 1,493 5. Sepang 522 6. Kuala Langat 55 7. Kuala Selangor 63 8. Hulu Selangor 345 9. Sabak Bernam 39 10. Tiada Maklumat 405 Jumlah 7,335 -
Berapa harga ditawarkan dan adakah harganya berubah mengikut harga pasaran semasa?
Untuk makluman Yang Berhormat, harga yang ditawarkan di dalam skim rumah mampu milik Selangorku ini adalah di antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan- kemudahan tambahan yang disediakan. Harga jualan ini merupakan harga kawalan di mana harga dan penjualannya dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Harga jualan ini akan kekal sehinggalah pembeli pertama membuat pindah milik kepada pembeli kedua dan harga jualan pada waktu itu adalah mengikut harga pasaran dan tidak lagi di kawal oleh LPHS, namun urusan pindah milik perlu di pohon kepada kerajaan negeri melalui LPHS selepas 5 tahun pegangan untuk diproses.