Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

161) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap masalah kegagalan pemaju untuk menawarkan rumah kepada pemohon yang telah menerima surat tawaran LPHS?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengeluarkan surat amaran kepada pemaju-pemaju yang gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan berhubung penawaran Rumah Selangorku dan sekiranya pemaju berkenaan masih tidak mematuhi syarat tersebut akan dikenakan denda sebanyak 10% daripada harga jualan rumah bagi setiap unit yang dijual tanpa kelulusan seperti mana kelulusan MMKN ke 35/2013.

  2. Nyatakan jumlah permohonan mengikut setiap projek rumah mampu milik di negeri Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi permohonan Rumah Selangorku, melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPRS) pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan daerah dan mukim. Jumlah permohonan yang berdaftar di LPHS bagi permohonan Rumah Selangorku di daerah yang terdapat Rumah Selangorku adalah seperti berikut:

    Bil. Daerah Jumlah
    1. Petaling 3,942
    2. Klang 6,221
    3. Hulu Langat 2,848
    4. Gombak 2,006
    5. Sepang 1,657
    6. Kuala Langat 981
    Jumlah Keseluruhan 17,655
  3. Senaraikan jumlah pemohon yang telah berjaya menerima tawaran LPHS mengikut kaum.

    Dari tahun 2014 hingga 2015 jumlah pemohon yang berjaya ditawarkan Rumah Selangorku mengikut kaum adalah seperti berikut:

    Bil. Daerah Jumlah
    1. Melayu 4,455
    2. Cina 657
    3. India 557
    Jumlah keseluruhan 5,669

     

Lampiran

Tiada Lampiran.