Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

127) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah projek dan jumlah unit rumah mampu milik yang telah siap, sedang dibina dan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di Selangor sehingga kini?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri tidak mempunyai keseluruhan data terkini berkenaan projek rumah mampu milik yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, sebarang pembangunan rumah mampu milik yang ingin memperoleh kelulusan oleh PBT Negeri Selangor perlu mematuhi dasar Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku). Oleh yang demikian projek Kerajaan Persekutuan yang telah diselaraskan mengikuti dasar tersebut adalah projek rumah mampu milik khususnya projek Perbadanan PR1MA (PR1MA Homes) dan Projek Perumahan Penjawat Awan Malaysia (PPAM). Berikut merupakan data terkini projek persekutuan yang telah diselaraskan di Negeri Selangor:-

     

     

     

     

     

    PEMAJU

     

    BIL. UNIT

     

    BIL. PROJEK

     

    SIAP BINA

     

    SEDANG BINA

     

    DALAM PERANCANGAN

     

    Perbadanan PR1MA

     

    1,932

     

    1

     

    0

     

    1 (1,932)

     

    0

    Projek Perumahan

    Penjawat Awan Malaysia

     

    2,041

     

    9

     

    0

     

    0

     

    9 (2,041)

    JUMLAH 1,932 2,041
    JUMLAH KESELURUHAN 3,973
  2. Nyatakan anggaran projek pembinaan rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan di Selangor selepas ditadbir oleh Pakatan Harapan?

    1. Pihak Kerajaan Persekutuan tidak menetapkan sasaran secara terperinci Rumah Mampu Milik di Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri telah meningkatkan sasaran sebanyak 30,000 unit Rumah Selangorku untuk disiapkan secara berperingkat sehingga tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.