Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
307) RUMAH KOSONG DI TAMAN KASAWARI BUKIT ROTAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar akan kekosongan 60 buah rumah yang terbiar di Taman Kasawari Bukit Rotan?
Status pemilikan RAKR Taman Kasawari yang terbiar telah diambilalih oleh pihak
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan rumah-rumah kosong berkenaan dapat ditawarkan semula kepada mereka yang memerlukan?
Rumah-rumah tersebut akan dibaikpulih oleh pihak LPHS dan dijual dengan nilai yang rendah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah. Bagi mengatasi masalah tunggakan cukai taksiran, pihak MDKS telah mengambil tindakan seperti berikut :-
- Tunggakan cukai yang tidak dapat dijelaskan oleh pemilik asal iaitu sebelum pindahmilik kepada pemilik baru, tunggakan tersebut akan dibayar oleh pihak LPHS melalui permohonan ke Unit Jualan LPHS dengan mengemukakan bil terkini.
- Sekiranya premis tersebut masih kosong dan dalam keadaan yang sedia untuk diduduki, pihak MDKS akan mengesyorkan agar pemberian remisi diberikan kepada
- Bagi premis yang telah usang dan uzur, pihak jabatan akan membuat pindaan nilaian ke atas tanah kosong (bangunan) dan tuntutan tunggakan akan dibuat ke atas pemilik berdaftar berdasarkan maklumat dalam carian rasmi.