Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
204) RUMAH KOS RENDAH (RKS)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Permintaan ÒRumah Kos RendahÓ (RKS) amat tinggi terutama di daerah Ampang yang kepadatan penduduknya amat padat: Kenapakah setelah 3 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir tetapi kita masih gagal memenuhi permintaan ini sedangkan masih ada tanah Ðtanah yang boleh dibangunkan ÒRKSÓ tersebut
- Polisi penyelesaian setinggan dan pembinaan rumah kos rendah Majlis adalah berdasarkan kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Kerajaan Negeri. Pihak Majlis akan merujuk kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi polisi dan arahan yang berkaitan dengan pembinaan rumah kos
-
Sekiranya projek-projek ini dijalankan apakah Kerajaan bercadang untuk menambah keluasan rumah tersebut memandangkan ÒRKSÓ yang ada pada hari ini amat tidak selesa
- Untuk makluman, pemaju disyaratkan membina rumah kos rendah berkeluasan minima 650 kaki persegi, dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. oleh itu, buat masa ini kerajaan Negeri masih mengguna pakai spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tujuan penetapan syarat pembinaan rumah kos rendah kepada pemaju. walaupun pemaju mematuhi spesifikasi keluasan yang ditetapkan oleh kerajaan namun pelbagai faktor lain perlu dipertimbangkan oleh pemaju untuk menambah keluasan rumah kos rendah seperti saiz tanah, peningkatan kos pembinaan dan sebagainya.
Selain ari itu, bermula tahun 2010 Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan reka bentuk baru rumah mampu milik (affordable home) yang lebih mampan dan kondusif sebagai salah satu pilihan kepada pemaju bagi memastikan penyediaan rumah mampu milik tetap diteruskan.
Untuk itu, konsep reka bentuk dan perancangan baru rumah mampu milik tersebut perlu menekankan ciri-ciri berikut :-
- Reka bentuk rumah mampu milik yang lebih terkini
- Mengintegrasikan rumah mampu milik dengan rumah-rumah yang lain
- Mempelbagaikan jenis rumah mengandungi rumah satu bilik, rumah dua bilik dan seterusnya dalam satu blok
- Mengambil kira aspek kemapanan dari segi bahan binaannya dan persekitarannya
- mampu memberi keselesaan dari segi saiz rumah saiz minimum 750 kaki persegi
- Penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi seperti kawasan riadah, surau dan sebagainya
- Menerapkan konsep kejiranan yang baik
- Kos penyelenggaraannya yang murah
- Harga jualan yang dicadangkan hendaklah rendah iaitu tidak melebihi RM100,000.00 seunit