Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
145) RUMAH KOS RENDAH KAWASAN PETALING JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pemohon rumah kos rendah di kawasan MBPJ yang masih tidak berpeluang mendapat rumah?
Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan Rumah Selangorku yang didaftarkan di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah berdasarkan kawasan pilihan mengikut daerah dan tiada rekod mengikut kawasan PBT. Berdasarkan rekod dalam sistem pendaftaran di LPHS sehingga 16 Oktober 2015 jumlah pemohon rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A yang masih belum ditawarkan rumah bagi daerah Petaling adalah berjumlah 4,892 orang pemohon.
-
Berapa unit rumah kos rendah mengikut projek yang sedang dalam pembinaan atau perancangan untuk menampung permintaan
Untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), tiada pembinaan Rumah Kos Rendah yang sedang dijalankan. Faktor ini berlaku disebabkan oleh kawasan MBPJ telah mencapai tahap tepu yang mana kebiasaan syarat penyediaan Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah) dikenakan ke atas pembangunan tanah yang melebihi 10 ekar atas. Walaubagaimanapun, terdapat Rumah Selangorku jenis-jenis lain yang dalam pembinaan dan perancangan. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
Bil. Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit Status 1.
Semponia Sdn. Bhd. & Country Wheel Sdn. Bhd. & (PNSB) Lot PT 11904 (HSD 261773), Sutera
Damansara, Mukim
Pekan Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling.
236
(Jenis B)
Projek Dalam Pembinaan
2.
Country Wheels Sdn. Bhd.
Hakmilik HSD 261774 PT 11905 dan HSD 291591 PT 12614 Di Pekan Sungai Buloh, Daerah Petaling.
100 (Jenis B) 100
(Jenis C) 236
(Jenis D)
Projek Belum Dibina
3.
Sime Darby Ara Damansara Development Sdn. Bhd.
Hakmilik PT 34998, HS(D)252819 Di Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara, Mukim
Damansara, Daerah Petaling.
296
(Jenis D)
Projek Belum Dibina
JUMLAH 968 unit