Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

150) RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA DI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah-rumah serta senarai terperinci?

    Berdasarkan rekod Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jumlah pangsapuri kos rendah dan sederhana di DUN Kota Damansara adalah seperti berikut:

    BIL. KATEGORI PANGSAPURI JUMLAH KAWASAN
    1 Kos Rendah 91
    2 Kos Sederhana Rendah 5
    3 Kos Sederhana 10
    JUMLAH 106

     

    Senarai terperinci pangsapuri kos rendah dan sederhana di DUN Kota Damansara adalah seperti di LAMPIRAN A.

  2. Apakah usaha/program yang telah dan akan dilakukan bagi membantu penyelengaraan bangunan tersebut?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu penyelenggaraan rumah kos rendah dan sederhana seperti berikut:

    KATEGORI PENERIMA BANTUAN : PANGSAPURI KOS RENDAH DAN SEDERHANA

    BIL PROGRAM AKTIVITI BANTUAN PENCAPAIAN
    1 CERIA

    (Caring Government For Residents’ Improvement Aid)

    ·  Baikpulih harta bersama ·   286 projek

    ·   RM96.6 juta

     

    KATEGORI PENERIMA BANTUAN : PANGSAPURI KOS RENDAH

    BIL PROGRAM AKTIVITI BANTUAN PENCAPAIAN
    1 ISS

    (Indah SMART Selangor)

    ·  Mengecat bangunan. ·      26 pangsapuri

    ·      84 blok

    ·      8648 unit

    ·      RM10 juta

    2 Baikpulih Jalan ·   Kerja baikpulih jalan dalam kawasan pangsapuri. ·   50 pangsapuri

    ·   RM8.7 juta

    3 SAFWA

    (Selangor Free Water Apartment)

    ·  Rebet Air Percuma RM11.40 kepada pangsapuri yang masih menggunakan meter air pukal. ·   239 pangsapuri (68,174 unit)

    ·      RM52.6 juta

    4 SEROJA

    (Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri

    ·  Program Keselamatan

    ·  Pemasangan CCTV

    ·        116 pangsapuri

    ·        RM687,136.00

     

    Khusus bagi DUN Kota Damansara, jumlah pangsapuri kos rendah dan sederhana yang telah menerima bantuan tersebut adalah seperti berikut:

     

    BIL PROGRAM JUMLAH KAWASAN
    1 CERIA

    (Caring Government For Residents’ Improvement Aid)

    6
    2 SAFWA 3
    (Selangor Free Water Apartment)
    JUMLAH 9

     

    Senarai terperinci seperti di LAMPIRAN A

     

Lampiran

Tiada Lampiran.