Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

156) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut bagi kawasan Ampang dan Pandan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa tiada pembinaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah dibina di kawasan Ampang dan Pandan.

  2. Bagi pemohon yang tiada kelayakan mendapat pinjaman bank- kerajaan akan menjamin mereka ini untuk memiliki rumah. Bilakah slogan ini akan dilaksanakan dan menjadi kenyataan?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap kegagalan pembeli rumah kos rendah bagi mendapatkan pinjaman bank. Usaha untuk membantu golongan ini diperluaskan dengan cadangan Skim Pembiayaan Khas Rakyat (SPKR) yang masih dalam proses perbincangan dengan pihak bank.

Lampiran

Tiada Lampiran.