Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

95) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah rumah kos rendah yang telah dibina oleh kerajaan negeri di Bandar besar seperti Shah Alam, Klang, Ampang, Subang Jaya dan Petaling Jaya?

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak membina rumah kos rendah (RKR) sebaliknya menyediakan dasar pembangunan perumahan yang mensyaratkan pemaju membina 20% RKR bagi pembangunan yang melebihi 20 ekar dan ke atas. Sehingga 1 November 2013 pemaju swasta telah membina sejumlah 2,817 unit rumah kos rendah yang melibatkan 6 projek di kawasan berikut:

     

    Bil. Projek/Pemaju Lokasi Bilangan Unit
    1. Aman Perdana Fasa 2 Intramewah Dev. Sdn. Bhd. Klang 320
    2. Setia Alam Fasa 2

    Bandar Setia Alam Sdn. Bhd.

    Bukit Raja 725
    3. Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3 Gabungan Efektif Sdn. Bhd. Klang 800
    4. Taman Damai Utama

    Medan Damai Sdn. Bhd.

    Petaling 730
    5. Taman Puchong Prima Mitrajaya Homes Sdn. Bhd. Petaling 212
    6. Wawasan Asli Klang 30
    Jumlah 2,817
  2. Berapakah rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri di Bandar seperti Shah Alam, Klang, Ampang, Subang Jaya dan Petaling Jaya?

    Manakala bagi jumlah rumah mampu milik di dalam perancangan pembinaan oleh pemaju swasta pula adalah sebanyak 340 unit yang melibatkan 2 projek di kawasan-kawasan berikut:

     

    Bil. Projek/Pemaju Lokasi Bilangan Unit
    1. Desa Alam, Seksyen U12 Petaling 104
    2. Sutera Damansara, Sg Buloh Petaling 236
    Jumlah 340
  3. Apakah bantuan kerajaan negeri kepada mereka yang gagal mendapatkan pinjaman rumah kos rendah dan mampu milik ini?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap kegagalan pembeli rumah kos rendah bagi mendapatkan pinjaman bank. Usaha untuk membantu golongan ini diperluaskan dengan cadangan Skim Pembiayaan Khas Rakyat (SPKR) yang masih dalam proses perbincangan dengan pihak

Lampiran

Tiada Lampiran.