Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
89) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik permohonan dan permohonan yang berjaya mengikut daerah untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik dari tahun 2008 sehingga 2013?
Statistik permohonan rumah kos rendah (RKR) mengikut daerah dari tahun 2008 hingga 30 Mei 2013 adalah seperti berikut:
BIL. DAERAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 JUMLAH 1. Klang 106 62 119 321 1,040 1,115 2,763 2. Petaling 387 246 397 659 545 983 3,217 3. Gombak 24 34 32 66 199 363 718 4. H. Langat 100 151 282 121 444 413 1,511 5. Sepang 15 30 3 2 7 36 93 6. K. Langat 24 11 3 0 4 9 51 7. K. Selangor 44 37 70 217 42 43 453 8. H. Selangor 1 0 0 0 9 173 183 9. S. Bernam 3 1 9 9 10 5 37 10. Terbuka* 1,235 904 2,272 1,572 1,964 142 8,089 JUMLAH 1,939 1,476 3,187 2,967 4,264 3,282 17,115 *Pemohon terbuka untuk menerima mana-mana pilihan kawasan.
Manakala permohonan yang berjaya ditawarkan RKR dari tahun 2008 sehingga 30 Mei 2013 adalah seperti berikut:
BIL. DAERAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 JUMLAH 1. Klang 203 164 680 1,585 1,576 387 4,595 2. Petaling 712 414 829 2,201 1,373 818 6,347 3. Gombak 45 97 171 457 457 0 1,227 4. H. Langat 326 247 211 332 527 36 1,679 5. Sepang 25 27 5 7 2 0 66 6. K. Langat 24 8 5 0 1 0 38 7. K. Selangor 61 37 210 636 209 0 1,153 8. H. Selangor 0 0 0 0 0 0 0 9. S. Bernam 0 0 0 0 0 0 0 JUMLAH 1,396 994 2,111 5,218 4,145 1,241 15,105 Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan rumah mampu milik (RMM) yang didaftarkan adalah bermula dari tahun 2011 memandangkan RMM mula diperkenalkan pada akhir tahun 2010. Berikut adalah statistik permohonan RMM yang telah didaftarkan dari tahun 2011 hingga 30 Mei 2013:
BIL. DAERAH 2011 2012 2013 JUMLAH 1. Klang 1 14 29 44 2. Petaling 12 72 495 579 3. Gombak 5 15 38 58 4. Hulu Langat 647 83 123 853 5. Sepang 1 2 13 16 6. Kuala Langat 1 2 1 4 7. Kuala Selangor 0 2 2 4 8. Hulu Selangor 0 1 87 88 9. Sabak Bernam 0 0 9 9 10. Terbuka* 1 0 1 2 JUMLAH 668 191 798 1,657 *Pemohon terbuka untuk menerima mana-mana pilihan kawasan
Pemohon yang telah berjaya ditawarkan RMM sehingga 30 Mei 2013 pula adalah seperti berikut:
BIL DAERAH 2011 2012 2013 JUMLAH 1. Hulu Langat 134 12 0 146 2. Gombak 0 1,422 0 1,422 JUMLAH 134 1,434 0 1,568 -
Apakah purata tempoh dari permohonan sehingga mendapat unit?
Purata tempoh dari permohonan sehingga mendapat unit adalah untuk tempoh 24 bulan. Walau bagaimanapun, bergantung kepada penawaran rumah-rumah jenis ini. Setakat ini dari tahun 2008 sehingga 30 Mei 2013 terdapat 15,105 pemohon yang telah ditawarkan bagi RKR dan 1,568 pemohon yang telah ditawarkan RMM. Kerajaan Negeri amat prihatin di atas permintaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah yang mengatasi jumlah unit rumah yang dibina. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan membina 5,000 unit RMM dan 5,000 unit RKR dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.