Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

141) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan masa panjang Kerajaan Negeri Selangor mengatasi masalah parkirÕ di kawasan perumahan kos rendah yang semakin meruncing?

    Untuk makluman Yang Berhormat, masalah kekurangan tempat letak kenderaan (parking) di kawasan perumahan Pangsapuri Kos Rendah diakui oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini berlaku adalah disebabkan kebanyakan isi rumah Pangsapuri Kos Rendah ini berkemampuan untuk memiliki lebih daripada satu kereta. Berdasarkan kepada Manual Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah menetapkan syarat penyediaan dengan nisbah seperti berikut:

    1 Tempat Letak Kereta : 1 unit kediaman bersamaan +

    20% Tempat Letak Kereta

    Penetapan keperluan Tempat Letak Kereta yang digunapakai ini adalah memadai yang mana ianya telah ditambah baik sejak tahun 2007 lagi.

    Penambahabaikan ini telah menggantikan paiwaian yang telah digunapakai sebelum ini yang mana syarat penyediaan Tempat Letak Kereta adalah menggunapakai nisbah seperti berikut:

    1 Tempat Letak Kereta : 2 unit kediaman bersamaan +

    10% Tempat Letak Kereta

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan piawaian penyediaan Tempat Letak Kereta yang digunapakai masih lagi relevan dan sesuai berdasarkan kepada pengoptimumkan tahap penggunaan tanah yang lebih ekonomik.

  2. Kebanyakan rakyat berpendapatan rendah gagal membuat pinjaman bank. Apakah langkah yang diambil bagi membantu golongan ini supaya mereka dapat memiliki rumah sendiri?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap kegagalan pembeli rumah kos rendah bagi mendapatkan pinjaman bank. Usaha untuk membantu golongan ini diperluaskan dengan cadangan Skim Pembiayaan Khas Rakyat (SPKR) yang masih dalam proses perbincangan dengan pihak bank.

Lampiran

Tiada Lampiran.