Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

174) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan lokasi rumah kos rendah di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, daripada tahun 2008 sehingga 2016 terdapat 13 projek rumah kos rendah dibina di Negeri Selangor yang melibatkan sebanyak 4,506 unit rumah. Lokasi projek adalah seperti berikut:

    Bil. Projek Lokasi Bil. Unit
    1. Aman Perdana Klang 320
    2. Perdana Residence Gombak 108
    3. Setia Alam Fasa 2 Bukit Raja 725
    4. Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3 Klang 800
    5. Taman Damai Utama Petaling 739
    6. Taman Puchong Prima Petaling 212
    7. Pangsapuri Sri Sekamat Cheras 78
    8. Taman Seri Melur Kajang 22
    9. Wawasan Asli Klang 30
    10. Alam Impian Klang 270
    11. Taman Putra Prima Dengkil 448
    12. Setia Alam Fasa 3 Bukit Raja 650
    13. Permatanah Sdn. Bhd. Sepang 104
    JUMLAH 4,506
  2. Nyatakan jumlah rumah kos rendah yang telah diduduki dan masih dalam pembinaan mengikut daerah?

    Jumlah rumah kos rendah yang telah diduduki adalah sebanyak 8 projek yang melibatkan 3,252 unit seperti berikut:

     

    Bil. Projek Daerah Bil. Unit
    1. Aman Perdana  

    Klang

    320
    2. Alam Impian 270
    3. Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3 800
    4. Setia Alam Fasa 2  

    Petaling

    725
    5. Taman Damai Utama 739
    6. Taman Puchong Prima 212
    7. Pangsapuri Sri Sekamat Hulu Langat 78
    8. Perdana Residence Gombak 108
    JUMLAH 3,252

     

    Manakala rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan adalah sebanyak 5 projek yang melibatkan 1,254 unit seperti berikut:

     

    Bil. Projek Daerah Bil. Unit
    1. Taman Seri Melur Hulu Langat 22
    2. Wawasan Asli Klang 30
    3. Setia Alam Fasa 3 Petaling 650
    4. Taman Putra Prima Sepang 448
    5. Permatanah Sdn. Bhd. 104
    JUMLAH 1,254

Lampiran

Tiada Lampiran.