Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

63) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah rumah kos rendah yang dibina dari tahun 2004 hingga akhirtahun 2007 di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Kadar pertumbuhan projek perumahan di Nageri Selangor merupakan yang
    tertinggi berbanding dengan negeri-negeri di Malaysia. la termasuklah
    pembangunan projek sama ada projek yang telah dibina (termasuk rumah yang
    siap dibina dan di peringkat pembinaan) mahupun projek perumahan dalam
    peringkat perancangan. Projek-projek perumahan ini termasuklah juga
    pembinaan rumah kos rendah. Ini kerana berdasarkan Dasar Pembangunan
    Tanah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sebarang
    pembangunantanah yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang akan
    dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos
    Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana manakala kawasan di luar
    Lembah Klang pula akan dikenakan syarat pembinaan20% Rumah Kos Rendah,
    10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Tujuan
    pengenaan syarat ini adalah untuk memastikanTujuan utama pengenaan syarat
    ini adalah untuk memastikan pembangunan perumahan dijalankan turut
    mengambil kira keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah
    untuk memiliki rumah mampu milik yang lebih selesa.
    Sepanjang tahun 2004 sehingga tahun 2007, di Negeri Selangor sahaja
    sebanyak 86,325 unit rumah kos rendah telah siap dibina dan diduduki
    (berdasarkan Sijil Kelayakan Menduduki yang telah dikeluarkan pihak berkuasa
    tempatan (PBT) di Negeri Selangor) manakalasebanyak 24,242 unit rumah kos
    rendah lagi sama ada dalam proses pembinaan mahupun dalam peringkat
    perancangan (berdasarkanpelan bangunan yang diluluskan oleh PBT di Negeri
    Selangor dari tahun 2006 sehinggatahun 2007). Pecahan unit rumah kos rendah
    yang telah dikeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) dan
    KelulusanPelan Bangunanmengikut PBT adalah seperti berikut :
    — – — – – – – —
    – – ————.

    Rumah Kos Rendah Rumah Kos Rendah Dalam
    Bil. Pihak Berkuasa Telah Siap Pembinaan dan Perancangan
    Tempatan (Berdasarkan CFO Yang (Berdasarkan Pe/an Bangunan Dikeluarkan) YangDiluluskan).
    1. Majlis Bandaraya Shah 1,962 2,037 Alam (MBSA)
    2. Majlis Bandaraya Petaling 18,278 2,560 Java (MBPJ)
    3. Majlis Perbandaran Klang 13,082 3,015 (MPK)
    4. Majlis PerbandaranSubang 12,505 730 Jaya (MPSJ)
    5. Majlis Perbandaran 10,477 TM AmDanaJava (MPAJ)
    6. Majlis Perbandaran 10,781 10,678 Selavana (MPS)
    7. Majlis Perbandaran Kajang 10,359 3,501 (MPKi)
    8. Majlis PerbandaranSepang 1,731 TM (MPSD)
    9. Majlis Daerah Kuala Langat 3,898 636 (MDKL)
    10. Majlis Daerah Kuala 1,549 564 Selangor (MDKS)
    11. Majlis Daerah Hulu 1,141 389 Selangor (MDHS)
    12. Majlis Daerah Sabak 562 133 Bemam (MBSB)
    Jumlah 86,325 24,243

    Nota:
    * T.M = Tiadamaklumat

  2. Sila kemukakan berapakah jumlah projek rumah kos rendah yang terbengkalai di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Jumlah projek rumah kos rendah yang terbengkalai di seluruh Negeri Selangor
    sebanyak 10,604 unit di mana pecahanmengikutdaerah adalah seperti berikut.

    DAERAH Bil. Projek Bil. Unit
    6 3402
    Petaling
    Klang – –
    Gombak 2 552
    Hulu Langat 5 2030
    Kuala Langat – –

    Hulu Selangor 1 368
    Kuala Selangor 4 3280
    Sepang 3 972
    Jumlah 21 10,604

  3. Memandangkan terdapat banyak permintaan terhadap rumah kos rendah dan sederhana mutakhir ini di DUN Sekinchan, apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memenuhi permintaan tersebut ?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan mana-mana pemaju yang telah disyaratkan
    membina rumah kos rendah tidak akan dikecualikan membina rumah jenis
    tersebut. Syarat ini termasuklah kepada pemaju yang akan membangunkan
    tanah mereka di DUN Sekinchan. Berdasarkan rekod pendaftaran permohonan
    rumah kos rendah di Negeri Selangor terdapat seramai 2,456 pemohon rumah
    kos rendah di Daerah Sabak Bernam dan daripadajumlah tersebut seramai 696
    pemohon adalah daripada Mukim Sungai Panjang yang termasuk dalam DUN
    Sekinchan. Oleh demikian, pembangunan rumah kos rendah akan dibangunkan
    dari masa ke semasa sama ada oleh anak syarikat KerajaanNegeri atau pemaju
    swasta apabila terdapat permintaan yang tinggi daripada penduduk di kawasan
    tersebut. Bilangan pemohon rumah kos rendah mengikut pecahan mukim di
    Daerah Sabak Bernam adalah seperti berikut :-
    Jadual 3 : Bilangan Pemohon Rumah Kos rendah Di Daerah Sabak Bernam
    Mengikut Pecahan Mukim Sehingga 30 April 2008
    — – – – – – – — –
    Hulu Selangor 1 368
    Kuala Selangor 4 3280
    Sepang 3 972
    Jumlah 21 10,604
    Daerah Mukim Bilangan Pemohon
    Sabak Bernam Bagan NakhodaOmar 213
    Pancang Badena 1,081
    Pasir Panjang 322
    Sabak 696
    Sungai Panjang 144
    Jumlah Pemohon 2,456

Lampiran

Tiada Lampiran.